PENYIAR TV popular, Ras Adiba Mohd Radzi, 51, bakal dilantik sebagai seorang Senator bagi mewakili golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Beliau akan menjadi Ahli Dewan Negara yang ketiga yang dilantik sebagai wakil OKU dan majlis angkat sumpah akan berlangsung pada Isnin, 18  Mei 2020. : KitaReporters

Ras Adiba mengucap kata alhamdulillah dalam entri terbaharunya.


Jawatan senator di Dewan Negara untuk tiga tahun dan seorang senator boleh dilantik untuk dua penggal iaitu 6 tahun.

Beliau yang merupakan salah seorang personaliti TV popular pada tahun 1990-an di TV3 khusus dalam bidang sukan.

Namun dia menjadi OKU setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi pada tahun 1995 menyebabkan kecederaan tulang belakang

Kecederaannya semakin serius apabila diserang sekumpulan lelaki di luar kediamannya. Dia kemudian tidak boleh berjalan setelah terjatuh di bilik air rumahnya.

Mulai tahun 2002, dia disahkan lumpuh separuh badan dan menjalankan sejumlah fisioterapi. 

Setelah itu, Ras Adiba terlibat dalam sukan para dengan khusus bidang menembak.

Dia juga menjalankan perniagaan sendiri dan menjadi pembaca berita sambilan di saluran 7 Edition, ntv7.

Dalam menjalankan kegiatan hariannya, Ras Adiba menggunakan kerusi khas iaitu kerusi roda berdiri (standing wheel chair).

Ras Adiba gembira menjalankan kerja amal walaupun memenatkan

Selain itu, beliau aktif dalam kegiatan kebajikan terutama membabitkan OKU. Kini Ras Adiba merupakan Presiden OKU Sentral.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Ras Adiba sibuk mencari individu, syarikat atau badan yang sedia memberikan sumbangan kepada pihak yang memerlukan terutama golongan OKU.

Raz Adiba turut menjadi newscaster untuk IGnya


Hampir setiap hari Ras Adiba keluar mengendalikan urusan pembahagian sumbangan Misi Bantuan Kemanusiaan dan Kemasyarakatan Covid-19 di lokasi berbeza di Kuala Lumpur dan Selangor.

Di samping itu Ras Adiba menjadi newscaster liputan video kegiatan kebajikan itu dalam IGnya @rasadibaradzi.

Sementara itu sempena Ramadan, Ras Adiba memaafkan orang ramai yang menabur fitnah selama ini yang mengatakan dia berpura-pura menjadi OKU. - KitaReporters

Pemberian maaf diberi dalam salah satu entrinya pada 6 Mei 2020.


Berikut ialah kenyataan lengkap Ras Adiba dalam entrinya ;

"Hari memaafkan.

"Pada 2002 tika saya menjadi OKU, ramai yang mengatakan saya tidak sakit dan yang saya berpura-pura. 

"Mereka berkata begitu kerana mungkin tidak faham keadaan saya dan apa yang sebenarnya melanda diri saya. Saya ditohmah dan difitnah.

"Payah sungguh keadaan saya dan keluarga ketika itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu.

"Saya hanya mendiamkan diri. Malas mahu menerangkan keadaan sebenar kerana ketika itu saya sedang sukar kerana terkejut, bergelut dengan apa yang berlaku pada badan saya. 

"Saya menjadi tidak keruan. 

"Justeru hari ini setelah sekian lama saya ingin memberi pencerahan mengenai keadaan fizikal saya. 

"Saya ingin memaafkan mereka yang berkata dan berfikiran buruk terhadap saya. Saya seorang OKU yang lumpuh separuh badan atau seorang Paraplegic.

"Dengan fizioterapi, saya mampu membawa kereta dan berenang menggunakan tangan (kaki saya akan jatuh ke dalam air ketika berenang)

"Pergerakan saya terbatas dan saya berharap kepada kerusi roda untuk bergerak.

"Jadi di saat ini, saya ingin maafkan kalian yang tidak tahu keadaan sebenar dan kalian yang berkata buruk terhadap saya dan menfitnah saya selama ini.

"Semoga selepas ini semua faham dan jelas."Saya maafkan dan sayang kalian semua. 💙"

3
1
0
0
0

Copy Link: