Video| Dulu I jatuh, U marahkan batu! Kini I jatuh, U marahkan I! Itulah asam garam suami isteri
Published byDALAM kehidupan berumah tangga pasti ada pasang surutnya. Sekali sekala dilanda hujan dan badai. Itulah hakikatnya asam garam berumah tangga.
Bukan kehidupan namanya jika tiada dugaan. Melalui
dugaan dan ujian itu sebenarnya mendidik kita mengharungi sebuah kehidupan.
Bagi pasangan yang tabah mengharungi setiap ujian itu,
pasti akan dikurniakan kebahagiaan.
Namun apabila berpuluh-puluh tahun hidup bersama, semestinya masing-masing ‘masak’ dengan sikap dan tingkah laku pasangan. Tiada lagi ayat-ayat manis seperti zaman bercinta tapi lebih ke arah tanggungjawab.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan suami isteri
Terbaharu tular dalam media sosial seorang remaja memuat
naik perbualan ibu bapanya yang berperang mulut.
Menerusi aplikasi TikTok itu remaja berkenaan kelihatan menahan gelak mendengar bapanya yang memarahi ibunya yang mengadu jatuh katil.
Dalam video tersebut, si ibu mengadu dia jatuh katil
selepas bangun tidur.
Keadaan itu menyebabkan bapanya bertanya semula ke arah ibu gadis berkenaan bagaimana dia boleh terjatuh.
Namun bapa menyalahkan ibunya kerana terus berdiri selepas bangun dan tidak duduk dahulu.
“Undang-undang bangun tidur kena duduk dulu,” kata bapa ke arah ibunya.
Tidak mahu kalah, ibunya mengungkit semula kisah mereka di zaman muda dahulu.
Katanya ibunya, pada zaman muda jika dia jatuh, suaminya
akan marah batu yang menyebabkan dia jatuh. Tetapi lain pula kisahnya dirinya kini
dimarahi pula kerana tidak berhati-hati.
“Dulu I jatuh u marah kat batu tu kan… sekarang I jatuh,” ujarnya ibu.
Namun belum sempat ibunya menghabiskan kata-kata
berkenaan, bapanya mengajak untuk pergi ke klinik membuat pemeriksaan ke atas
isteri kesayangannya itu.
Itulah kasih seorang suami kepada isteri. Mulut je bising tapi hati tetap sayang!
Keadaan itu membuatkan si gadis berkenaan tidak dapat menahan gelak mendengar ibu dan ayahnya berperang mulut.
Video berdurasi 22 saat itu ditonton lebih 37,000 pengguna dalam media sosial.
Rata-rata tergelak dengan kisah lucu pasangan berkenaan dan mendoakan mereka dipanjangkan jodoh hingga akhir hayat.
Itulah adat berumah tangga… Walaupun zaman sweet sudah
berakhir tapi tanggungjawab masih kekal. - KitaReporters