Video| Mendiang jutawan sumbang RM590j bagi penduduk terkesan Covid-19! Nama Akidi Tio tular!
Published byRAKYAT Indonesia dikejutkan dengan kesudian satu keluarga jutawan Indonesia menghulurkan dana hibah (pemberian) yang cukup besar berjumlah Rp2 trilion atau hampir RM590 juta kepada penduduk Sumatera Selatan.
Ia agar penduduk dapat bertahan dan kembali pulih kedudukan ekonomi mereka akibat pandemik Covid-19.
Ia merupakan sumbangan golongan jutawan yang terbesar bagi membantu masyarakat yang terkesan teruk akibat pandemik Covid-19.
Sumbangan itu diberikan oleh anggota keluarga jutawan kurang menonjol, mendiang Akidi Tio yang mengamal kehidupan 'low profile' (tidak menonjol diri).
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan jutawan
Majlis sumbangan secara simbolik berlangsung di ibu pejabat polis Sumatera Selatan. - Kredit foto: Tribun Sulsel
Majlis sumbangan secara simbolik berlangsung di ibu pejabat polis Sumatera Selatan pada Isnin, 26 Julai 2021.
Penyerahan sumbangan diberi oleh wakil keluarga mendiang Akidi Tio, Dr Hardi Darmawan yang menjadi doktor keluarga selama 32 tahun.
Majlis penyerahan sumbangan berlangsung di ibu pejabat polis Sumatera Selatan (Sumsel) oleh Dr Hardi kepada Ketua Polis Sumsel, Irjen Pol Eko Indra Heri pada Isnin, 26 Julai 2021.
Ia turut disertai anak bongsu Akidi Tio, Herdawati dan turut disaksi oleh Gabenor Sumatera Selatan, Herman Deru.
Kredit foto: Media Indonesia
Berita yang sensasi itu menyebabkan ramai mencari maklumat mengenai mendiang Akidi Tio dalam Internet termasuk Wikipedia.
Namun tidak banyak fakta mengenai Akidi Tio. Tiada Wikipedia mengenai dirinya. Cuma terdapat beberapa penerangan dicatat dalam sejumlah tulisan.
Akida Tio berketurunan Cina-Indonesia yang tinggal di kota Langsa, Aceh Timur. Dia menjalani beberapa perniagaan dan menjadi kontraktor berjaya dalam bidang pembinaan.
Mendiang mempunyai 7 anak yang mempunyai dinasti perniagaan yang berjaya. Kesemua anaknya tinggal di Jakarta. Cuma seorang yang menjalankan peniagaan di Palembang, Sumatera Selatan.
Ketika hidup Akidi Tio tidak suka menonjol sendiri sebaliknya banyak menderma dan mengalakkan anak-anak dan cucu-cucunya banyak membantu golongan yang memerlukan.
Sumatera Selatan dipilih oleh keluarga Akidi untuk memberikan bantuan lantaran mendiang Akidi pernah tinggal di Palembang.
Menyentuh bantuan itu, Gabernor Sumatera Selatan, Herman Deru memberitahu Tribun Sulsel, perkara ini patut menjadi contoh bagi masyarakat yang berkemampuan agar turut memberikan sumbangsih dalam menangani pandemik Covid-19. - KitaReporters