PELAKON veteran Bollywood, Rishi Kapoor, 67, meninggal dunia di Madras, India pada hari ini, 30 April 2020 setelah kesihatan merosot akibat penyakit kanser. Selamat jalan, Raja!! : KitaReporters

Rishi Kapoor popular setelah membintangi filem 'Bobby' pada 1973. Kredit foto: Rishi Kapoor official


Anak kedua kepada legenda Bollywood, Raj Kapoor dan Krishna Ra, Rishi telah membintangi lebih 170 filem.

Bermula sebagai pelakon kanak-kanak ketika masih berusia 3 tahun dalam filem ‘Shree820’, dia mula serius sebagai pelakon sejak tahun 1970 melalui filem ‘Mere Naam Joker’.

Namun tuahnya datang pada tahun 1973  apabila menjadi pelakon utama, membawa watak Raja dalam filem ‘Bobby’ bersama Dimple Kapadia

Rishi ketika itu berusia 21 tahun, sementara Dimple sebagai Bobby berusia 16 tahun.

Kenangan keluarga. Rishi bersama isteri, Neetu Singh, anak Randir dan Riddima dan cucu.

Tidak lama selepas filem Bobby meletup, seorang bintang top ketika itu Rajesh Khanna melamarnya sebagai isteri.

Filem Bobby menjadi fenomena dengan mencatat kutipan box office antara yang tertinggi dalam sejarah Bollywood.

Ia juga membawa keuntungan besar kepada syarikat penerbitnya, RK Film, milik ayahnya, Raj Kapoor.

Selain ‘meletup gila’ di India, filem ‘Bobby’  turut ‘menggila’ di beberapa negara termasuk di Malaysia.

Bagi generasi berusia atas 50-an, kebanyakannya pernah menonton ‘Bobby’ ketika mula ditayang pada tahun 1974. 

Malah ramai yang pernah menonton filem ini di pawagam berkali-kali. Filem ini  ditayang selama beberapa bulan di sejumlah pawagam di Malaysia.

Kredit foto: Rishi Kapoor officials

‘Bobby’ bukan sahaja diminati kerana ia merupakan filem percintaan remaja yang dibintangi hero dan heroin kacak dan jelita dan disulami beberapa lagu lagu malar segar.

Filem ‘Bobby’ masih ditayang sesekali di stesen TV dan boleh ditonton dalam YouTube.

Rishi memilih pelakon popular, Neetu Singh sebagai isteri dan mereka berkahwin pada 21 Januari 1980 dan dikurnia dua anak iaitu pelakon Ranbir Kapoor dan pereka fesyen Riddima Kapoor.

Setelah mendapat penyakit kanser ada 2018 , Rishi menerima rawatan selama setahun di New York, Amerika Syarikat sebelum pulang ke India pada 26 September 2019.

Kredit foto: Rishi Kapoor officials

Menurut Instagram Rishi Kapoor official, Rishi dibawa ke H. N. Reliance Hospital, Mumbai semalam, 29 April 2020 oleh ahli keluarga selepas keadaan kesihatannya semakin merosot. - KitaReporters



1
0
0
0
0

Copy Link: