Wanita disekat berjumpa `kekasihnya`! Adie Timmermans dilarang bertemu Chita! Oleh Zoo Antwerp!

Published by
KitaReporters

"Aku cintakan kamu." - Kredit gambar: ATV. 


KALAU filem King Kong menjadi legenda kerana sang heronya seekor haiwan, gorila gergasi yang sanggup mati untuk menyelamatkan heroinnya. Tetapi kali ini seorang wanita tidak dibenarkan memasuki zoo untuk berjumpa dengan `kekasihnya` seekor mawas (kera).

Adie Timmermans yang jadi pengunjung tetap Zoo Antwerp, di Belgium untuk berjanji temu dengan Chita, 38 tahun, sejak empat tahun lalu mengaku dia dan mawas chimpanzee itu telah menjalin hubungan cinta selepas perasaan sayang antara mereka mekar subur sepanjang tempoh berkenaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan zoo


Kalau kami berskandal apa salahnya. - Kredit gambar: ATV


Media India Times melaporkan akibat `cinta terlarang` antara manusia dan haiwan itu menyebabkan mawas berkenaan telah dipinggirkan oleh 'kawan-kawan'nya

Ini memaksa pengurusan zoo membuat keputusan menyekat wanita itu daripada bertemu dengan `kekasihnya`. 

"Saya cintakan mawas itu dan dia pun sama. Saya tak buat apa-apa. Kenapa pisahkan cinta kami hanya kerana ada `skandal` ini. Sedangkan berpuluh-puluh pelawat lain boleh pula bertemu dengannya. Kenapa saya?" tanya Timmermans.

Laporan berita itu menyebut dalam keadaan tertentu, kelihatan Timmermans berkelakuan seperti seorang kekasih sedang`melemparkan ciuman` kepada Chita ketika mereka berdua-duaan.


Janji temu dengan mawas selama 4 tahun akhirnya terpaksa disekat oleh pihak Zoo Antwerp, di Belgium. - Kredit gambar: ATV


Zoo Antwerp dalam pada itu memberitahu Chita sebelum ini adalah haiwan peliharaan seseorang. 

“Tentulah haiwan itu gembira bila pelawat datang dan kelihatan sangat akrab. Tetapi kami lebih utamakan kebajikan mawas ini. Chita dihantar ke sini, 30 tahun lalu masa jadi haiwan rumah dan pemiliknya tidak mampu lagi menjaganya," kata sumber zoo terbabit.

Katanya, ketika Chita asyik memberi tumpuan kepada pelawat, 'kawan-kawan' mawasnya seolah-olah tidak lagi `menghormatinya` kerana selepas lawatan haiwan itu ketika duduk bersendirian kerana dipinggirkan.

"Kami mahu melihat Chita hidup bahagia sebagai mawas. Mahu dia bergembira kerana selama 15 jam selepas waktu lawatan, dia perlu berada dalam kumpulan mawas dan bila asyik bersukaria dengan pelawat, mawas-mawas lain seolah-olah cemburu dengannya," kata sumber itu.

Walaupun pihak zoo kasihan kepada Timmermans, terutama memikirkan dia kesunyian tetapi haiwan tetap haiwan.

Dan sebagai haiwan zoo, Chita juga perlu diberi peluang untuk kasih dan mengasihi 'kawan-kawan'nya yang lain. - KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: