Kereta yang dinaiki seorang bayi berumur enam bulan bersama kedua-dua ibu bapanya sebelum terbabit dlm kemalangan di Kampung Air Sejuk, Setiu pada 25 April 2022. - Kredit foto: PDRM Setiu


TOLONG pulangkan semula sekiranya anda terambil ataupun mengambil beg duit yang mengandungi wang dan beberapa dokumen penting milik seorang mangsa kemalangan jalan raya di Kampung Air Sejuk, Setiu, Terengganu yang berlaku pada kira-kira pukul 4 petang Isnin, 25 April 2022. 

Sudahlah mangsa (pemilik beg) mendapat musibah kemalangan sehingga mengorbankan nyawa seorang bayinya, Muhammad Qais Rizqi Shafiee berumur enam bulan tetapi ada pula orang lain mengambil kesempatan untuk mencuri beg mangsa selepas kemalangan itu berlaku,‘’ kata seorang netizen, Zailawati Ngah yang tolong viral tentang kehilangan beg itu dalam media sosial pada 25 April 2022.



Zailawati Ngah melalui laman Facebooknya memberitahu ibu mangsa bayi malang itu yang masih dirawat di Hospital Setiu dan sesiapa yang terambil atau mengambil beg tersebut boleh pulangkan semula kepada pemiliknya yang kini masih berada di hospital itu.

Menurut Zialawati, bayangkan tanpa dokumen-dokumen yang berada di beg itu menyebabkan mangsa yang berasal dari Padang Jawa, Klang, Selangor itu mengalami kesulitan untuk membuat urusan pendaftaran di Hospital Setiu.

Dia berkata, selain itu mangsa juga turut menghadapi masalah tentang urusan kematian bayinya kerana dokumen anaknya itu berada di dalam beg berkenaan yang dipercayai dicuri orang.

“Maaf, saya hanya menyampaikan segala kesulitan yang dihadapi bapa mangsa dan isterinya kerana saya turut bersimpati dengan nasib mereka yang tidak sepatutnya terjadi begnya diambil orang lain dan kesianlah mangsa ditimpa bencana,’’ ujarnya lagi dalam Facebooknya.


Kredit foto: PDRM Setiu


Beg duit milik ibu mangsa, Nurul Ain Zukarnain, 29, yang berada di bahagian hadapan di kereta itu,  tiba-tiba dikatakan hilang sebaik sahaja orang ramai datang melihat kemalangan itu. 

Dalam kemalangan tersebut yang membabitkan tiga buah kenderaan pada 25 April itu, bapa Muhammad Qais Rizqi Shafiee yang berumur 29 tahun hanya mendapat cedera ringan dan mereka sekeluarga dikatakan dalam perjalanan dari Rantau Panjang, Kelantan menuju ke Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Saga FLX yang dipandu oleh bapa mangsa secara tiba-tiba merempuh sebuah kenderaan MPV Toyota Unser yang datang dari arah Kuala Terengganu dikatakan memasuki laluan bertentangan sebelum kedua-dua kenderaan itu berlanggar.



Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, dalam masa yang sama, sebuah motorsikal yang berada di belakang MPV Toyota tidak sempat untuk  mengelak  semasa kejadian itu berlaku menyebabkan kenderaan dua roda itu melanggar kenderaan Toyota itu.

Afandi berkata, akibat perlanggaran itu,  Muhammad Qais Rizqi meninggal dunia di hospital tersebut. Dan semua mangsa kemalangan dirawat di hospital yang sama. Manakala ibu mangsa, Nurul Ain Zulkarnain, 29,  mendapat cedara parah juga dirawat di Hospital Setiu.

Kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen  41Akta Pengangkutan  Jalan ( APJ) 1987. - KitaReporters


Sebuah motorsikal turut terbabit dalam kemalangan di Kampung Air Sejuk, Setiu, Terengganu. - Kredit foto: PDRM Setiu

13
12
1
19
1

Copy Link: