Video| Terima kasih cikgu! Tiga guru prihatin santuni murid! Terpaksa tinggal di bawah jambatan!
Published byGAMBAR hiasan... Keikhlasan cikgu membantu muridnya bagi memastikan anak murid berada dalam keadaan selesa dan dapat memberi tumpuan kepada pembelajaran.
TUGAS guru hari ini bukan sekadar mengajar menyampaikan ilmu, apa sahaja berkait dengan sekolah semua dituju kepada cikgu.
Kadang-kadang botol minuman murid hilang juga cikgu yang dipersalahkan dan perlu mencari untuk dibawa pulang ke rumah semula.
Tapi mulianya cikgu jarang sekali kita mendengar golongan itu merungut rimas keadaan yang terpaksa dilalui.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan guru
Biarpun begitu dalam kekalutan memberi ilmu kepada muridnya, cikgu sebenar memiliki ‘power’ sendiri. Melihat sahaja gerak-geri anak muridnya, dia sudah tahu apa yang dihadapi anak didiknya itu.
Terbaharu sekumpulan guru dari Segamat, Johor, yang mengetahui kesukaran hidup murid sanggup turun padang menyaksikan sendiri keadaan pelajar itu.
Sekumpulan guru yang terdiri tiga cikgu wanita itu menyantuni anak muridnya, yang dikenali sebagai Tasha yang mendiami di bawah jambatan berikutan kesukaran hidup.
Allahurabbi…
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Mohd Kamal, kelihatan tiga cikgu wanita menelusi kawasan yang ditumbuhi rumput dan lalang yang tinggi menuju ke bawah jambatan di tepi sungai besar di kawasan bandar Segamat untuk menziarahi rumah Tasha.
PAPARAN komen yang ditulis oleh netizen yang masing-masing terkejut dan kesian yang terpaksa dilalui keluarga berkenaan. - Kredit foto: Facebook Siti Rianna
Pengguna-pengguna Facebook itu mengakui sebak melihat kondisi kediaman yang dihuni oleh pelajar tersebut kerana sangat merbahaya memandangkan berada di pinggir sungai besar.
Siapa sangka bawah jambatan itu dijadikan tempat berteduh Tasha sekeluarga. Malah ketika kunjungan itu ibu bapa Tasha penuh mesra menyambut kedatangan rombongan cikgu berkenaan.
Malah dalam video berdurasi 1.49 minit itu bapanya menunjukkan keadaan ‘rumah’nya sambil memohon maaf mengaku keadaan yang hanya dilitupi dengan kain sebagai birai itu kotor dan bersepah. Bapanya juga sempat menunjukkan keadaan rumah yang didiami mereka sekeluarga.
Dalam kunjungan itu, seorang daripada cikgu itu turut bertanya sama ada mereka mempunyai tandas di 'rumah' berkenaan.
Ibu bapa Tasha dipercayai terpaksa menjadi bawah jambatan sebagai tempat mereka berlindung disebabkan desakan hidup.
Namun yang sangat membanggakan walaupun menjalani kehidupan dalam serba kekurangan tetapi ibu bapanya tetap menghantar Tasha bersekolah.
Syukurlah kedua-dua orang tuanya sedar pentingnya pelajaran itu dan tahu hanya pelajaran sahaja yang dapat mengubah kehidupan mereka sekeluarga.
Selepas beberapa hari video itu menjadi tular dalam media sosial, Team Unit Kebajikan Pejabat DUN Kemelah mengunjungi keluarga
berkenaan selain menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga pelajar
bernama Tasha.
Alhamdulillah akhir kesusahan keluarga itu terbela
juga akhirnya!
Dalam kunjungan berkenaan, keluarga Tasha diberikan bantuan makanan dan wang ringgit untuk mereka meneruskan kehidupan. Kes mereka juga telahpun dibawa kepada pihak berkuasa dan pihak JKM.
Semoga kesusahan perjalanan hidup remaja bersama
keluargai itu tidak berlanjutan.
Terima Kasih cikgu kerana usaha kalian menyantuni murid itu akhirnya membuka mata pihak lain tentang keperitan hidup remaja itu sekeluarga.
Sesungguhnya, sangat besar jasamu cikgu! Terima Kasih - KitaReporters