Berita Terkini| Kaki budak 3 tahun tersangkut lubang! Video kartun dalam telefon tenangkan mangsa

Published by
KitaReporters

Kanak-kanak berusia tiga tahun yang kakinya tersangkut ke dalam lubang yang terdapat di tandas rumahnya di Pasir Gudang, Johor ketika mandi berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba. - Kredit foto: JBPM Johor


Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terpaksa menahan sakit hampir dua jam selepas kakinya tersangkut lubang  dalam tandas di rumah keluarganya di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Johor.

Dalam kejadian itu, mangsa berjaya diselamatkan oleh pihak bomba yang bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 8.51 malam, 23 Jun 2021.

Operasi menyelamat yang mengambil masa kira-kira 1 jam 20 minit itu, pasukan bomba turut membuka video cerita kartun menerusi telefon bimbit bagi alihkan perhatian, sekali gus tenangkan mangsa.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II Iszahwati Supardi berkata seramai lapan anggota berserta dua jentera digerakkan ke lokasi.

“Setiba di tempat kejadian, didapati kaki seorang kanak-kanak lelaki telah terperangkap di dalam lubang terdapat dalam tandas tingkat dua sebuah premis rumah kedai.

“Pihak bomba bertindak pecahkan simen sekeliling lubang dan pintu kedai di bahagian bawah bagi potong saluran paip gunakan peralatan khas.

“Menurut maklumat ibunya, kejadian berlaku ketika mangsa sedang mandi bersama adiknya dan tiba-tiba kakinya termasuk ke dalam lubang saluran air yang tidak bertutup,” katanya yang dipetik laporan Utusan Malaysia, 24 Jun 2021.

Tambah beliau, mangsa yang berjaya diselamatkan telah diberi rawatan awal serta  didapati tidak alami sebarang kecederaan serius dan operasi ditamatkan jam 9.43 malam. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

 

 

 

 

 

 

 

0
0
0
1
0

Copy Link: