Wang sebanyak RM50,000 yang diperuntuk oleh Man Raja Lawak (Man RL), 42,  untuk golongan memerlukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan habis dalam tempoh kurang 3 hari sejak diumumkannya pada 1 April 2020. : KitaReporters



Pada malam hari Jumaat, 3 April 2020, Man RL atau Abd Rahman Kasim dalam IG-nya menyatakan peruntukan itu telah habis dan meminta maaf kerana tidak dapat menghulurkan bantuan kepada lebih ramai orang. 

Di samping itu, Man RL memberitahu, dia tidak meluluskan bantuan kepada pihak yang disangsikan kebenarannya.

Antaranya Man RL tidak melayan permintaan yang meminta bantuan dengan alasan hendak main Forex.

Katanya, dia hanya menerima DM dan dia tidak tidur malam dalam menapis permohonan betul atau sebaliknya.


Walaupun peruntukan daripada sebahagian hasil kemenangan dalam Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM19), Man RL tetap bersedia untuk memberi peruntukan tambahan dengan syarat ada yang bersedia membeli secara tunai kereta mewahnya jenama Mercedes Benz dan motosikal berkuasa tingginya, jenama Harley Davidson.

Man RL sedia dijual secara tunai barangan mewahnya berupa motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson dan kereta Mercedes Benz


Man RL berkata, dia sedia untuk kembali hidup secara sederhana bersama keluarga dengan hanya memandu kereta jenis Kancil dan menunggang motosikal kapcai.

Menurutnya, sumbangan itu diharapkan akan menjadi salah satu saham akhirat baginya dan didoakan agar dia terus diberi murah rezeki agar dapat kekal aktif dalam dunia hiburan.

Man RL bersama isteri

@manrajalawak: Mungkin sebelum ni ramai yg x tahu dan sye jenis x suka nak hebahkan pasal kemampuan saya takut org kata riak..tapi kawan2 suh up juga pic ni..Alhamdulillah atas rezki dan nikmat ALLAH saya tunjuk kan BAJU yg baru beli 3 hari lepas..camne..cantik x?


Tahniah Man RL!!

Apa yang dilakukan oleh Man RL patut dicontohi lebih banyak artis dan selebriti lain supaya sedia memberi kepada orang yang memerlukan. - KitaReporters


1
2
0
0
1

Copy Link: