Terlantar di katil hospital! MB Terengganu tetap bertugas!
Published by“WALAUPUN masih tidak boleh berjalan, dan berdiri tetapi minda harus sentiasa cergas untuk melaksanakan amanah.” Begitulah ungkapan dari Menteri Besar Terengganu,Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang kini terlantar di katil hospital. Baginya, amanah dan tugas perlu dilaksanakan, meskipun berada di hospital. : KitaReporters
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menggunakan komputer riba ketika bertugas dari katil hospital
Lagi cerita-cerita berkaitan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar:
https://kitareporters.com/search?search=Ahmad+Samsuri
Katanya, pada tengah hari Isnin, 2 November 2020 iaitu tidak sampai 24 jam selepas 'operation', beliau sudah minta Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu dan Ketua Polis Terengganu supaya datang ke bilik wadnya untuk memberi taklimat mengenai kedudukan terkini COVID-19 dan isu keselamatan di Terengganu.
Dr Ahmad Samsuri menarik perhatian rakyat Terengganu kerana beliau memulakan tugas dari katil Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) selepas selesai jalani pembedahan lutut.
Katanya, dalam satu kenyataan dalam Facebook hari ini, Selasa 3 Novermber 2020, walaupun masih tidak boleh berjalan, dan berdiri tetapi
minda harus sentiasa cergas untuk melaksanakan amanah.
"Fail-fail di pejabat
Menteri Besar yang memerlukan tugas saya untuk ditandatangani juga saya minta
dibawa ke bilik wad,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau itu.
Katanya, saya juga memaklumkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, sekiranya ada perkara yang memerlukan MB membuat keputusan, sila terus bawa kepada saya walaupun semasa saya berada di dalam kamar wad.
Dr Ahmad Samsuri sedang menjalani rawatan di Hospital Kuala Terengganu
Dalam masa yang sama, beliau memohon maaf sekiranya ada sebarang kekhilafan yang dilakukannya.
"Saya akui kelemahan diri
saya dalam pelbagai perkara dan bukanlah 'Superman' yang boleh melakukan
berbagai-bagai kerja yang luar biasa, tetapi sesungguhnya saya merasa insaf
bahawa rakyat sentiasa memerlukan keputusan dan tindakan pemimpin kerajaan
dalam urusan seharian," tambah beliau.
Ahmad Samsuri selesai menjalani pembedahan lutut selepas mengalami kecederaan ‘anterior cruciate ligament (ACL).
Cedera ligamen! MB Terengganu dah jalani pembedahan lutut!
Datuk Tengku Hassan Omar (dua dari kiri) dan Dr Alias Razak (kiri) ketika mengunjungi Menteri Besar di hospital
Setiausaha politiknya, Muhyidin Abdul Rashid berkata, Ahmad Samsuri telah dinasihatkan oleh doktor untuk mengurangkan pergerakan fizikal yang boleh memberi kesan pada proses penyembuhan.
“Proses penyembuhan dijangka
sekurang-kurangnya selama enam minggu.
“Pembedahan ini dilakukan kerana kecederaan dalaman pada ligamen lutut akibat terseliuh kerana menahan badan daripada jatuh semasa aktiviti riadah,” katanya.
Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman (kiri) mengaminkan doa ketika menziarahi Menteri Besar
Dalam perkembangan lain beberapa Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu mengambil kesempatan untuk menziarah Menteri Besar yang kini menjalani rawatan di hospital.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak yang turut ziarah beliau berkata, Ahmad tetap setia mengukir senyuman walaupun masih dalam tempoh rawatan.
Katanya, beliaulah teman seperjuangan, pemimpin parti dan ketua kerajaan yang sentiasa sibuk memikirkan urusan rakyat walaupun di atas katil hospital.
Dua lagi lagi pemimpin kerajaan negeri yang hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro, Sumber Manusia Dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah Dan Kesejahteraan Pentadbiran, Datuk Tengku Hassan Omar. - KitaReporters