MALANG tak berbau… mungkin itu perkataan paling sesuai diperkatakan mengenai kisah mendebarkan yang dilalui seorang gadis yang menjalani kuarantin wajib selepas tiba dari luar negara, beberapa hari lalu. Menerusi perkongsian @atieqahroslan80 yang berdepan saat berdebar ketika terkunci di dalam tandas di bilik hotel yang didiami untuk tempoh kuarantin berkenaan. : KitaReporters

SELEPAS 24 jam berlalu akhirnya berjaya diselamatkan. - Kredit foto: Twitter @atieqahroslan80


Bunyi macam lucu kan tapi sangat mendebarkan!

Kongsinya, kejadian mendebarkan itu berlaku beberapa hari lalu selepas dia selesai mandi di bilik hotel. 

Pada awalnya dia cuba  berusaha untuk mengumpil pintu tandas berkenaan menggunakan barangan dalam tandas berkenaan namun dia berdepan kegagalan.

Alamak…mesti panik kan?

Kongsi pelajar perubatan di India itu, pada awal kejadian, dia masih bersikap cool namun selepas beberapa jam berusaha untuk membebaskan diri menyebabkan tenaga semakin berkurangan dan penat.

Malah sepanjang terperangkap dia terpaksa beberapa kali meminum air paip selain terpaksa membasuh muka kerana bilik di tandas berkenaan terlalu panas disebabkan tiada ruang udara.

Akuinya lagi, setiap kali mendengar bunyi troli yang menandakan ada petugas yang akan menghantar makanan ke bilik dia terus menjerit meminta pertolongan namun usahanya itu sia-sia kerana tidak didengari.

Malah kerana terlalu penat dia terpaksa bermalam di dalam tandas.


“So tidor toiletlah malam semalam, duduk atas mangkuk tandas kepala letak kat atas pam alas pula kepala dengan tuala, tido duduk atas kerusi time exam, cramp kaki tengkuk semua tapi tak boleh nak lelap mata pun sis takut hantu masuk dalam mimpi,” kongsinya.

Bagaimanapun pengalaman mendebarkan itu berakhir juga selepas 24 jam kemudian apabila beberapa petugas barisan depan datang memberi bantuan selepas menyedari makanan serta bunga yang dikirim daripada rakan-rakannya tidak terusik di depan pintu bilik hotel.

Nasib baik petugas itu menyedari hal tersebut, jika tidak berapa lama lagi dia perlu 'bertapa' di tandas hotel berkenaan kan?

BUNGA kiriman rakan-rakannya yang tidak terusik di depan hotel menyebabkan petugas barisan depan tergeak hati membuat pemeriksaan di dalam bilik berkenaan.


Katanya lagi, dia bersyukur berjaya diselamatkan walaupun terpaksa ‘berkampung’ 24 jam dalam tandas sendirian dan menyifatkan kejadian itu sesuatu yang mendebarkan walaupun lucu.

Dia kemudian dipindahkan ke bilik lain dan sering menerima panggilan daripada pihak berkuasa bagi memantau keadaan kesihatannya.

Syukur tiada apa yang serius berlaku.

Walaupun kedengaran lucu, namun hanya diri sendiri yang merasakan debaran itu ketika melalui saat-saat mecemaskan tersebut

Semoga Dr. Atieqah baik-baik saja dan kejadian itu dijadikan pengajaran kepada kita semua.

Mesti tak sabar nak tunggu habis tempoh kuarantin maklumlah hampir tiga tahun tidak  balik kampung dan bertemu orang tua.

Selamat bercuti, lain kali hati-hati ye! - KitaReporters

3
4
0
1
0

Copy Link: