PASANGAN Duke dan Duchess of Sussex itu menamakan puteri yang dilahirkan sebagai Lilibet Diana. - Kredit foto: AFP


PUTERA Harry dan isteri, Meghan Markle mengumumkan kelahiran anak kedua mereka yang dilahirkan di California, Amerika Syarikat (AS).

Memetik laporan BBC anak kedua pasangan Duke dan Duchess of Sussex itu dilahirkan 11.40 pagi Jumaat, 4 Jun 2021 dan menamakan anak kedua mereka, Lilibet Diana.

"Lili adalah nama moyangnya, 'Her Majesty The Queen', dengan nama panggilan keluarga adalah Lilibet. Nama tengahnya iaitu Diana dipilih sempena tanda penghormatan terhadap mendiang ibunya, Puteri Diana.

"Bayi seberat 3.1 kilogram. Ibu dan bayi, kedua-duanya dalam keadaan sihat dan baik serta berada di rumah," menurut kenyataan pasangan berkenaan.

Istana Buckingham menerusi kenyataan berkata, Ratu, Putera Wales dan Duchess of Cornwall serta Duke and Duchess of Cambridge sudah dimaklumkan dan gembira dengan berita kelahiran itu.

Terdahulu, pasangan Putera Harry dan Meghan dikurniakan putera yang dinamakan Archie Harrison Mountbatten-Windsor, kini berusia dua tahun.

Keluarga kecil Duke dan Duchess of Sussex itu kini tinggal berhampiran bandar Los Angeles selepas membuat keputusan untuk tidak lagi menjalankan tanggungjawab sebagai kerabat diraja Britain pada awal tahun 2020 lalu. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


3
1
0
0
0

Copy Link: