Video| Berdepan kontroversi lagu M Sani tetap kumandang! Kini jadi khazanah dengan pemergiannya!
Published byM Sani bersama beberapa albumnya. - Kredit foto: Wikipedia/Youtube
EKORAN satu kontroversi, nama Allahyarham M Sani mula senyap dan lenyap daripada perbualan umum, namun lagu-lagunya terus berkumandang di corong-corong radio terutama terutama Radio Klasik RTM.
Bagaimanapun pada 10 Januari 2022 lalu, namanya kembali terpampang dalam media tetapi kali ini berita mengenai kepulangannya ke rahmatullah. Kini lagu-lagunya menjadi sebahagian khazanah muzik negara.
Sani iaitu pasangan duet pertama biduanita Allahyarham Datuk Sharifah Aini meninggal pada Jumaat, 10 Januari 2022, pukul 10 malam pada usia 70 tahun di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dipercayai akibat penyakit kencing manis.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan artis veteran
Pada era 70-an, EMI merupakan syarikat rakaman yang berprestij dan menjadi artis rakamannya diidam oleh penyanyi. M Sani bertuah menjadi syarikat rakam EMI dari 1973 hingga 1975.
Dia sempat merakamkan tiga album berbentuk ‘EP’ Iaitu ‘Rindu Hati Ku Tidak Terkira’, ‘Hidup Hanya Sementara’ serta ‘Hujan Malam’ dan sebuah ‘LP’ bertajuk ‘Kerna Senyum Ku Terpikat’ (1974). Lagunya yang paling popular ialah ‘Rindu Hatiku Tidak Terkira’.
Atas sebab-sebab tertentu EMI tidak menyambung kontrak M Sani.
Popularitinya yang semakin menyepi tiba-tiba menjadi bualan ramai setelah terbabit dalam kejadian yang memalukan. M Sani dikatakan terlibat dalam satu jenayah pada September 2001 dan dihukum penjara selama 19 tahun oleh mahkamah pada 2005.
Walaupun kegiatan seni M Sani menyepi, namun lagu-lagu dendangannya dan lagu-lagu duet dengan Sharifah Aini masih kerkumandang di corong-corong radio terutama Radio Klasik RTM.
Hasil dua perkahwinan M Sani memperoleh lapan cahaya mata dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa, Kuala Lumpur. - KitaReporters