Rakaman bunyi seakan mengerang? Ingat! Alam kubur itu benar!
Published byCEPAT atau lambat, setiap orang pasti akan menemui ajalnya atau kematian. Itu adalah hal pasti yang semua orang tidak boleh menafikan. Cara meninggal setiap orang pun berbeza-beza, ada yang disebabkan oleh penyakit yang dihadapi sejak lama ataupun secara mengejut seperti akibat kemalangan. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan kematian:
https://kitareporters.com/search?search=kematian
Bagi kita yang belum merasakan kematian atau setidaknya detik-detik sebelum malaikat maut mencabut nyawa kita, tentu kita tidak tahu bagaimana rasanya. Akan tetapi, kebanyakan orang selalu membayangkan bagaimana rasanya kematian sehingga membuat diri mereka takut akan kematian.
Baru-baru ini tular dalam Facebook rakaman bunyi misteri seperti suara orang mengerang yang dikatakan datang dari tanah perkuburan. Dikatakan wanita ini sendiri telah mendengar suara sayup-sayup seakan meminta tolong.
Kejadian ini juga telah mendapat maklum balas daripada seorang pengurus jenazah dalam Facebook miliknya iaitu Mr Wan Cai Official.
Menurutnya, video ini telah dirakamkan oleh anak kepada salah seorang pekerja Majlis Perbandaran Klang di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
Beliau menulis:
"Sudah lebih 100 jenazah yang kami bantu urus dikebumikan ditanah perkuburan itu. Sudah lebih dari 20 kali juga saya dan rakan rakan melakukan pembersihan di kawasan tanah perkuburan tersebut sejak 2017.
"Paling lewat jenazah yang kami bantu urus dan kami bawa ke tanah perkuburan itu untuk dikebumikan ialah pukul 12.00 malam.
"Rasanya sudah banyak kali urusan pengkebumian dilakukan pada waktu malam. Buat masa ini tiada kejadian pelik atau bunyi bunyi yang menakutkan kedengaran.
"Cuma jika ada yang bertanya atau minta pendapat tentang bunyi yang kedengaran saya hanya boleh kata NO KOMEN.
"Bunyi yang kedengaran itu sayup-sayup dengan sekali lalu. Ramai yang katakan itu adalah bunyi yang datangnya dari dalam kubur."
"Wallahualam.. Hanya Allah lebih mengetahui kebenaran yang sesungguhnya
Bagi mereka yang tidak beriman atau ragu-ragu dengan adanya azab kubur, mereka akan menganggap semua kisah itu sengaja direka dengan tujuan untuk menakut-nakutkan.
Perlu kita semua saling ingat mengingati, hanya amalan soleh yang dibawa sebagai bekalan menempuh alam seterusnya.
Setiap dari juga kita perlu sedar, Jangan memandang ringan keadaan dan perihal yang bakal kita tempuhi apabila tiba masanya untuk menghuni alam kubur satu masa nanti.
"Berhati-hati dalam setiap tindakan yang lakukan di dunia ini. Moga terhindar daripada mendapat pengakhiran yang buruk. Aamin! Ramai netizen yang melihat video ini, berasa insaf akan kejadian ini."
Netizen juga memberi respons terhadap rakaman tersebut.
Sama ada betul atau tidak, ia seharusnya memberi peringatan dan keinsafan terhadap kematian, yang pasti tiba itu... tak awal sesaat atau lewat sesaat!!
Semoga kita semua dilindungi daripada azab kubur.. Amin! Ya Allah!!! : KitaReporters