KETIKA rakan-rakan lain masih bersuka ria di sekolah, seorang budak dari Hyderabad, India menjadi pelajar paling muda di negara itu yang berjaya menamatkan pengajian pada peringkat ijazah di universiti pada usianya 14 tahun. Memetik laporan Indiatimes.com, Agastya Jaiswal berjaya menamatkan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Kewartawanan dari Universiti Osmania, universiti ketiga yang tertua di negara itu. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan India:

https://kitareporters.com/search?search=india


Malah anak kedua kepada pasangan, Ashwini Kumar dan Bhagyalakshmi itu merupakan remaja lelaki pertama di negeri Telangana yang berjaya dengan cemerlang Kelas 10 pada usianya sembilan dengan mencapai Purata Nilai Gred 7.5.

“Saya adalah remaja lelaki pertama di India yang berjaya lulus mendapat Ijazah pada usia 14 tahun, malah ketika usia 11 tahun saya juga menjadi lelaki pertama di negeri ini yang berjaya melepas peperiksaan peringkat menengah dengan markah 63 peratus,” kongsinya.


IBUNYA, Bhagyalakshmi sering memberi sokongan kepadanya sehingga mencapai kejayaan yang dicapai hari ini. Kredit foto Time Of India.


Wah geniusnya!

Dia yang juga pemain tenis dan mewakili India berkata ibu bapanya adalah guru kepada dia yang sering memberi sokongan dalam pembelajaran. Malah Agastya berkata dengan sokongan yang diberikan telah membuktikan tiada yang mustahil dalam kehidupan yang dilalui hari ini.

“Saya juga berkebolehan menaip A hingga Z dalam masa 1.7 saat selain boleh menulis dengan kedua-dua belah tangan secara serentak,” ujarnya yang turut aktif dalam memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah. 


ANAK manja kepada kedua-dua ibu bapanya yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam kejayaan yang dicapai oleh remaja berusia 14 tahun berkenaan.


Sementara itu, bapanya, Ashwini Kumar Jaiswal berkata setiap anak memiliki keistimewaan tersendiri dan sebagai bapa perlu memainkan peranan bagi mencungkil kelebihan yang dimiliki.

Manakala ibunya pula, Bhagyalakshmi pula menjelaskan mereka berdua sering bertanya kepada anaknya mengenai pembelajaran.  Malah mereka berdua sering memberi penerangan semula bagi memberi kefahaman yang lebih jelas kepada anak lelakinya. 

Semoga kelebihan  yang dimiliki Agastya boleh membantu mereka yang kekurangan selain menjadi seorang yang berjaya di masa depan. - Kitareporters

0
7
0
0
0

Copy Link: