PADA saat orang lain sedang berehat sambil menonton televisyen dan bersenang lenang di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, namun ada lagi insan lain yang tidak pernah berhenti memikirkan cara untuk meneruskan kehidupan. : KitaReporters 


SEBAHAGIAN kuih yang dijual hasil air tangan ibu mereka di sekitar  Pasir Putih, Tawau. - Kredit foto Facebook Allang Oh Allang.


Lagi kisah-kisah berkaitan 

Bagi yang bekerja mungkin tidak sangat membebankan, namun tidak bagi mereka yang terjejas akibat PKP ini. Semestinya setiap masa memikirkan bagaimana ‘cara’ untuk meneruskan kehidupan.

Begitulah yang diharungi tiga beradik yang masih kecil sanggup membantu kedua-dua orang tuanya menjual kuih bagi mendapatkan pendapatan tambahan kepada keluarga mereka.

Perkara itu diketahui umum selepas seorang pengguna Facebook Allang Oh Allang memuat naik kisah tiga beradik yang tidak segan menjaja kuih muih yang diletakkan di dalam sebuah bakul merah hasil air tangan ibu mereka sendiri di kawasan Pasir Putih, Tawau, Sabah.



Dia mulanya berniat untuk membeli kuih berkenaan kerana mahu membantu, namun terkejut selepas melihat kanak-kanak berkenaan adalah murid di sekolahnya.

Rupanya seorang daripada tiga kanak-kanak itu merupakan anak muridnya yang kini berada di darjah empat SK Pasir Putih, Tawau.

Malah kegigihan muridnya yang bersama dua lagi adiknya menjual kuih itu wajar dipuji walaupun masih kecil namun mereka tetap ringan tulang untuk membantu orang tuanya.

Malah, hasil maklumat mendapati ibu kepada tiga kanak-kanak itu sememangnya menjual kuih di kawasan Jaya Mawar namun disebabkan PKP ibunya tidak boleh berniaga seperti sedia kala.


BANTU keluarga sanggup menjaja bersama demi meringankan beban keluarga.


Mungkin disebabkan mahu meringankan beban ibunya, tiga kanak-kanak sanggup menjaja di sekitar kawasan rumahnya ketika rakan-rakan lain yang sebaya dengannya sedang bersenang-lenang di rumah.

Lebih mengejutkan kuih yang dijualkan sangat murah iaitu empat biji RM1.

Malah guru muda itu sempat meminta pengikut di Facebook membeli kuih yang dijaja tiga beradik itu sekali gus dapat membantu meringan beban ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

Meninjau dalam ruang komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum terhadap tiga beradik itu.

Ramai juga yang mendoakan supaya mereka memperolehi rezeki yang banyak selain mendoakan menjadi usahawan yang berjaya di masa depan. - KitaReporters

5
0
15
0
0

Copy Link: