Video| Demi negara, bekas ratu cantik angkat senjata! Ke medan perang pertahan sempadan negara!
Published byBUKAN sahaja wajahnya cantik menawan, tetapi jiwanya kental sedia mengangkat senjata untuk mempertahankan tanah air tercinta daripada pencerobohan musuh.
Itulah ketabahan dan kegigihan bekas ratu cantik Ukraine, Anastasiia Lenna, yang kini menyertai pasukan tentera negara itu untuk memperkuatkan benteng pertahanan negara daripada ledakan bom dan hujan peluru Rusia yang kini mara menceroboh negara tersebut.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ratu cantik
Melalui akaun Instagramnya yang dilaporkan oleh New York Post pada 26 Februari, Anastasiia yang menjulang gelaran ratu cantik pada 2015 memberi amaran sesiapa sahaja yang cuba melintasi sempadan Ukraine dengan niat untuk menjajah negara itu akan dibunuh.
Dia turut memuatkan gambar dirinya dalam pakaian biasa dan
pakaian tentera, menggambarkan dirinya sebagai ratu cantik yang tidak kekok
memegang senjata ke medan perang.
Dalam Instagram yang mempunyai lebih 75,000 pengikut,
Anastasiia juga menyelitkan gambar anggota tentera berjalan beriringan dengan
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, yang dia sifatkan sebagai pemimpin sejati
dan gagah.
Begitu berani dan bersemangat Anastasiia meluahkan kata untuk membunuh musuh yang melintasi sempadan.
Ternyata di sebalik kelembutan dan kecantikannya sebagai bekas ratu, dia tidak takut ke medan perang. Semangat cintakan negara tersimpan kemas dalam dirinya.
Rusia melancarkan serangan ke atas Ukraine pada Khamis 24 Februari 2022 setelah konflik berlanjutan berbulan-bulan.
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyifatkan ia sebagai operasi ketenteraan khas untuk membela rakyat negara itu yang teraniaya sejak beberapa tahun lalu, termasuk pembunuhan beramai-ramai.
Bagaimanapun Ukraine dan masyarakat antarabangsa
menyifatkan itu hanya alasan semata-mata bagi menghalalkan pencerobohan Rusia
ke atas negara bekas Soviet itu.
Selain daripada memuatkan gambar, dalam Instagramnya Anastasiia
juga berkongsi beberapa posting meminta sokongan dan bantuan kewangan
untuk pasukan tentera Ukraine dalam perjuangan menentang Rusia.
Anastasiia ialah lulusan dalam bidang pengurusan daripada Unversiti Slavistik, Kyiv.
Dia pernah bekerja sebagai model dan pengurus perhubungan awam di Turki. Dia juga berkemahiran bertutur dalam lima bahasa dan pernah bekerja sebagai penterjemah. - KitaReporters