Cinta abadi! BCL buktikan cintanya terhadap Ashraf Sinclair!
Published byLagi cerita-cerita berkaitan Ashraf Sinclair:
https://kitareporters.com/search?search=ashraf+sinclair
Meskipun tanpa kehadiran Ashraf di sisi, BCL pun tetap mengucap ulang tahun kelahiran untuk Allahyarham suaminya itu. Janda seorang anak itu menulis ucapan terharu dan penuh makna dalam Instagramnya @bclsinclair yang mempunyai 16.1 juta pengikut.
"Thank you for making me believe that i am worthy of love.. Since you're gone. I need to be you.. Someone who loves me, someone who believes in me..," tulis BCL dalam Bahasa Inggeris.
"Your words are powerful, and I finally see it.. I am going to love me, like you love me..Happy birthday sayang..," sambungnya.
Maknanya lebih kurang begini:"Terima kasih telah membuatku percaya bahwa aku layak untuk dicintai.. Sejak kamu pergi. Aku perlu menjadi dirimu.. Seseorang yang mencintaiku, seseorang yang percaya padaku..," tulis BCL lagi.
"Kata-katamu sangat kuat, dan akhirnya aku melihatnya.. Aku akan mencintaiku, seperti kamu mencintaiku.. Selamat ulang tahun sayang.." sambungnya.
Kata-kata BCL menurut beberapa rakan dan pengikutnya sangat terkesan (powerful) dan mendalam.
BCL membawa Noah menziarah makam Ashraf Sinclair. Kredit foto: IG BCLsinclair
Pengikut pasangan selebriti ini mengetahui bagaimana kentalnya hubungan cinta antara Ashraf dan BCL yang berkahwin pada 6 November 2008 serta sayangnya mereka terhadap anak, Noah Aidan Sinclair yang lahir pada 22 September 2010.
BCL menempah pusara berkembar di Taman Pemakaman Mewah di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat. Sebuah daripada tapak perkuburan itu disimpan untuk pengebumian dirinya nanti.
Pada Julai 2020, BCL melancarkan lagu ’12 Tahun Terindah’ dengan lirik dihasil oleh BCL sendiri sebagai mengenang kehidupan bahagia selama 12 tahun menjadi suami isteri.
Kehidupan bahagia dua selebriti ini menjadi ‘cemburuan’ pasangan selebriti di Indonesia. : KitaReporters