Tak nak susahkan orang! Tiga beranak duduk di pondok kecil!
Published byKITA sering merasakan kehidupan pada tahun 2020 ini berada dalam keadaan serba-serbi moden, namun jangan lupa masih ada yang berada dalam kesusahan bagi meneruskan kelangsungan hidup. Ada dalam kalangan mereka yang terpaksa berpuas hati hanya dapat duduk dalam pondok kecil!! : KitaReporters
PONDOK kecil yang dibina sendiri oleh Zairiman Aziz menggunakan kayu getah yang dicari di kebun di belakang rumahnya di Kampung Guntur, Tengkek, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Lagi cerita-cerita berkaitan
Melihat bangsal buruk di Kampung Guntur, Tengkek, Kuala Pilah, di Negeri Sembilan tiada siapa sangka pondok tersebut di dalam kebun getah itu merupakan mahligai kepada tiga beranak sejak tiga tahun lalu.
Pondok kecil itu merupakan tempat berteduh kepada seorang pengait buah kelapa sawit, Zairiman Aziz bersama isteri dan anak perempuannya.
Bekerja sebagai pengait buah kelapa dengan pendapatan RM15 sehari, dia mengakui tidak kisah tinggal di pondok yang dibina dengan kudratnyanya sendiri.
Dia yang tinggal bersama isteri, Nur Elina Atan, 20, dan seorang anak perempuan, Nur Jannah Batrisya, yang berusia setahun lapan bulan itu mengakui tindakan menetap di pondok itu dibuat dengan kerelaan sendiri kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.
Malah lelaki berusia 42 tahun itu memberitahu pondok yang didiami itu dibina sendiri selepas menyimpan wang bantuan yang diterima selama ini.
Katanya dengan berbekal kos sebanyak RM600, dia akhirnya berjaya membina pondok untuk tempat berteduh.
“Mula-mula saya
beli zink, dan peralatan untuk membuat dinding dan selebihnya saya gunakan kayu
yang dicari di dalam kebun getah,” katanya ketika ditemui ketika dikunjungi wakil rakyat di bangsalnya, baru-baru ini.
Walaupun pondok yang dibina tidak mempunyai bekalan
elektrik dan air, namun dia bersyukur kerana dapat menyambung bekalan itu
daripada kediaman ibunya yang tinggal berhampiran.
Kongsinya lagi, ibunya yang tinggal berhampiran dengan pondok itu ada mengajak untuk tinggal di sana, namun dia menolak dengan alasan
tidak mahu menyusahkan.
“Kadang-kadang jika hujan lebat ibu ada mengajak saya
sekeluarga berteduh di rumahnya memandangkan keadaan bangsal yang saya yang
tidak selesa,” ujarnya yang menyimpan hasrat untuk membina sebuah rumah yang
sempurna pada satu hari nanti.
Zairiman berkata bangsal yang dibina sendiri itu
dibahagi kepada dua untuk memasak dan juga untuk bermalam.
PONDOK usang yang dibina sendiri Zairiman di dalam kebun getah, Kampung Guntur, Tengkek, Kuala Pilah.
Penderitaan yang diharungi Zairiman sekeluarga turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith selepas mengetahui kesukaran yang dialami.
Syukurlah masih ada yang membantu dan sudi menyalurkan
bantuan serta menjalankan tanggungjawab kepada golongan yang kekurangan.
Sabarlah Zairiman, mungkin bukan rezekimu untuk mendapat
kehidupan mewah seperti orang lain tapi yakinlah setiap ketentuan itu bersebab
dan pasti disusuli hikmahnya.
Apabila kita ikhlas menerima segala musibah dan ujian Allah akan gantikan kekecewaan dengan sesuatu yang lebih manis. Sabar dan teruskan kehidupan diiringi doa dan tawakkal! - KitaReporters