SIAPA tak kenal Ustaz Ebit Lew, penceramah bebas yang sentiasa ringan tulang membantu masyarakat yang kurang berkemampuan. Biarpun sibuk membantu masyarakat namun Ebit tidak pernah melupakan keluarganya. Terbaru, penceramah yang disayangi ramai menyambut ulang tahun anak sulungnya, Airis Safiyyah Lew yang ke-11 pada Jumaat,  27 Jun 2020 lalu. - KitaReporters


Majlis ringkas yang diadakan di kediaman mereka mengumpulkan keluarga kecil yang terdiri isteri bersama tiga lagi anaknya.

Beliau kemudian berkongsi momen indah majlis hari lahir itu dalam akaun Instagram miliknya sebagai kenangan.

Dalam video yang dikongsi, Ebit memimpin tangan puteri sulungnya itu sambil menuruni lif di rumah mereka.

Beliau kemudian menyerahkan hadiah sebuah telefon bimbit kepada Airis Safiyyah sebelum mengucup dahinya.

Terserlah kasih sayang seorang ayah kepada puterinya!

Untungnya si anak memiliki bapa yang penyayang seperti Ustaz Ebit.

EBIT Lew bersama bidadari dan anak-anaknya.


Berkongsi nukilan dalam Instagram, penceramah kelahiran Pahang itu memberitahu, dia tidak menyedari masa berlalu dengan cepat dan anaknya kini telah menginjak ke usia remaja.

“Tak sedar masa berlalu, bahagianya dah 11 tahun anak sulung ayah,” kongsinya.

KELUARGA bahagia... Ebit Lew bersama isteri dan anak-anak di hadapan kediaman mereka. - Kredit foto: Instagram Ebit Lew.


Beliau turut berkongsi pengalaman dari hari pertama kelahiran Airis Safiyyah.

“Dari hari pertama umi lahirkan Safiyyah, ayah bergegas ke hospital dari pejabat. Bawa terus baju-baju.

“Baca Al-Quran sama umi. Ingat jeritan umi dari jarak makin sakit. Pegang tangan bidadari saya masa lahirkanmu anakku,” ujarnya.

Dalam masa sama, pemilik Elewsmart itu berkata, pada awal kelahiran, puteri sulungnya itu sering menemani dia sepanjang berdakwah dan juga ke pejabat.

@ebitlew : Selamat hari lahir Airis Safiyyah Lew 27 Jun.. Tak sedar masa berlalu. Bahagianya dah 11 tahun anak sulung ayah. Dari hari pertama umi lahirkan safiyyah. Ayah bergegas ke hospital dari pejabat. Bawa terus baju-baju. Baca Al-Quran sama umi. Ingat jeritan umi dari jarak makin sakit. Pegang tangan bidadari saya masa lahirkanmu anakku.

Bidadariku sakit. Pengsan. Tak sedar kerana risau anak lambat menangis. Bahagia saat melihatmu. Macam mimpi. Syukur pada Allah. Rapat betul kita masa kecil anakku. Betapa sayang ayah pada safiyyah. I love u anakku.

Teman ayah berdakwah dan ke pejabat. Waktu tu semua kira sebab tiada duit. Susu dan pampers selalu tiada duit. Ikhtiar mana yang mampu.

Terima kaseh bidadariku yang melahirkan anak kita. Ya Allah peliharalah dan jagalah bidadari dan anak-anakku semuanya.. - ebitlew



Manakala, dalam nukilan yang, Ebit turut menzahirkan penghargaan kepada zaujahnya yang melahirkan anak-anak mereka. 

“Terima kasih bidadariku yang melahirkan anak kita. Ya Allah peliharalah dan jagalah bidadari dan anak-anakku semuanya," tulisnya.

Semoga doa-doa tersebut ‘diangkat’ oleh maha Pencipta dan terus menjadi keluarga sakinah!

Posting berkenaan disaksikan lebih 1.8 juta kali oleh pengikutnya yang rata-rata mendoakan yang terbaik kepada keluarga tersebut. - KitaReporters

2
1
0
0
0

Copy Link: