Lin Dan umum gantung raket! Tak lagi mampu lawan pemain muda

Published by
KitaReporters
JAGUH sukan badminton dunia, Lin Dan hari ini, Sabtu, 4 Julai 2020 mengumumkan persaraannya pada usia 36 tahun dengan alasan tidak lagi mampu bersaing pada peringkat antarabangsa dengan pemain badminton yang berusia muda iaitu belasan tahun dan 20-an. : KitaReporters

Lin Dan dan LCW musuh di gelanggang tetapi kawan baik di luar. - Kredit foto: IG @leechongwei


Pengumuman persaraan diumumkan oleh Lin Dan yang juga dikenali sebagaI Super Dan dalam media sosial Weibo, China hari ini, sabtu 4 Julai 2020.

Pengumuman bersara Lin Dan disambut baik oleh Datuk Lee Chong Wei (LCW) yang merupakan musuh tradisinya di gelanggang, namun menjadi sahabat baik di luar gelanggang.
LCW yang bersara setahun lebih awal, mencatatkan ucapan selamat bersara dan gambar bersama dalam Instagram, Twitter dan Facebooknya.

Gambar kenangan dua jaguh badminton. - Kredit foto: Twitter @leechongwei

Pemuda keturunan Hakka dari wilayah Fujian ini menjadi antara bintang sukan kebanggaan dan kesayangan China setelah memperoleh sejumlah kejayaan pada peringkat antarabangsa.

Dia mula terlibat pada peringkat antarabangsa dalam Sukan Olimpik 2004, tetapi tewas pada pusingan awal kepada kepada Ronald Susanto dari Singapura.

Aksi Lin Dan apabila memenangi sesuatu pertandingan. Kredit foto: FB @leechongwei

Selepas itu, Lin Dan terus cemerlang dengan memenangi sejumlah kejohanan terbuka di seluruh dunia serta Kejohanan Dunia Badminton.

Lin Dan berjaya memperoleh pingat emas acara perseorangan dalam dua kejohanan Sukan Olimpik iaitu pada tahun 2008 di Beijing dan 2012 di London.

Sebelum ini, Lin Dan menyatakan tidak akan menyertai Sukan Olimpik 2021 kerana pandemik Covid-19.


Karier gemilang Lin Dan berakhir hanya setahun selepas seteru utamanya yang juga sensasi Malaysia, Chong Wei mengumumkan persaraan, juga ketika berusia 36 tahun.

Gandingan itu mendominasi sukan badminton selama lebih sedekad dan dominasi itu hanya berakhir sejak beberapa tahun lalu. 

"Keluarga, jurulatih, rakan sepasukan dan penyokong sentiasa bersama saya sepanjang kemuncak prestasi dan waktu sukar.

"Setiap lompatan saya adalah keinginan untuk meraih kejayaan. Saya sudah mendedikasikan segala-galanya kepada sukan yang saya cintai ini," katanya menerusi aplikasi Weibo. 

Selain memenangi dua emas Olimpik, Lin Dan juga adalah juara dunia lima kali selain pernah bertakhta di ranking pertama dunia untuk satu tempoh yang lama.

Antara aksi Lin Dan apabila memenangi sesuatu permainan.

Dia sering menyatakan mahu beraksi Dalam Sukan Olimpik Tokyo, namun dengan rankingnya kini di kedudukan ke-19 selain penangguhan temasya sukan terbesar dunia itu, ia dilihat sukar untuknya.

"Keupayaan fizikal saya tidak mampu lagi menandingi rakan sepasukan dan lebih baik saya bersara," katanya.

Lin Dan bijak mengumumkan persaraan ketika masih berada dalam senarai jaguh semasa. - KitaReporters

Kredit foto: https://www.facebook.com/lindanfca/

3
0
1
2
0

Copy Link: