Video| Walaupun serba kekurangan, Sukur urus sendiri uri anak kedua! Dengan bantuan jiran-jiran
Published byBAGI orang Islam yang menyambut kelahiran cahaya mata tentu tahu yang uri bayi itu mesti diurus dengan baik dan ditanam dengan sempurna. Bagi pasangan yang baharu pertama kali bergelar ayah pasti amat mendebarkan untuk menguruskan dan menanam uri berkenaan.
Terbaharu, pengusaha dan motivasi OKU terkenal, Mohd. Sukur Ibrahim berkongsi pengalaman pertama menguruskan sendiri uri bagi anak perempuan yang baharu dilahirkan pada 19 Mac 2021 lalu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kelahiran:
https://kitareporters.com/search?search=kelahiran
Katanya walaupun sudah memiliki dua anak, namun ini merupakan pengalaman pertama kali bagi dirinya menguruskan sendiri uri berkenaan kerana pengurusan uri anak sulungnya, Anas Wafiy dikendalikan sepenuhnya oleh mentuanya.
Namun disebabkan keluarga mentua tidak bersama ketika isterinya bersalin disebabkan tiada kebenaran merentas negeri memaksa Sukur dengan rela hati menguruskan uri berkenaan secara sendiri.
"Pengalaman berharga seorang lelaki bergelar ayah. Masa #anasWafiy lahir dulu, ayah mentua yang tolong saya uruskan untuk tanam uri. Tapi kalini untuk #babyW , oleh sebab mereka tak boleh merentas negeri, saya belajar uruskan sendiri dengan bantuan jiran tetangga. Hehehe.,” kongsinya dalam Instagram miliknya @Sukuribrahim.
Walaupun dirinya serba kekurangan, namun suami kepada Wan Nurul Syazwan Wan Mohd Yen itu tidak meletakkan dirinya sebagai OKU dan nekad melakukan sendiri sambil dibantu oleh jiran tetangga.
Sukur menjelaskan ketika proses menanam uri anak keduanya, jiran tetangga banyak membantunya termasuklah menggali lubang untuk uri berkenaan.
Malah dengan nada seloroh, pengasas D-StrikeSolution yang mengendalikan perniagaan membekal dan pemasangan karpet itu berkata dia mahu menanam iPhone bersama uri berkenaan selepas ditanya jirannya sama ada mahu meletak pensel dan kalkulator bersama uri berkenaan.
Lebih baik letak laptop mesti cepat pandai si kecil tu…
Terdahulu Sukur berkata uri
berkenaan dibersihkan menggunakan air garam dan asam keping.
Menerusi video yang dikongsi dia
juga dilihat meletak uri yang bersih dibasuh itu ke atas kain kasa sebelum
dimasukkan ke sebuah karung kecil sebelum ditanam.
Malah sepanjang menimbus tanah
dia memperbanyakkan salawat sambil berdoa supaya anak perempuan yang baharu dilahirkan
menjadi anak solehah.
Semoga video yang dikongsi
Sukur ini memberi inspirasi kepada kaum bapa terutama yang pertama kali
bergelar bapa ‘berani’ menguruskan kantung makanan anak sepanjang berada di
perut ibunya.
Tahniah Sukur… Inilah contoh ayah muda yang berani! Semoga Baby W terus berada dalam keadaan sihat dan menjadi anak solehah dapat membahagiakan ibu ayah di masa depan. - KitaReporters