JIKA dahulu kawasan Bandar Baru Sungai Buloh (BBSB) ini meriah dengan penjaja kecil-kecilan yang berniaga di kaki lima sehingga larut malam, kini tidak lagi, semuanya sudah lenyap! Satu pun tidak tersisa! Efisyen betul Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membuat kerja! Licin!! : KitaReporters

Sedutan gambar dari filem Allahyarham P. Ramlee, 3 Abdul.


Lagi cerita-cerita berkaitan Sungai Buloh:

https://kitareporters.com/search?search=Sungai+Buloh


Teringat penulis dalam satu adegan dari sebuah karya agung Allahyarham P. Ramlee dari filem 3 Abdul, apa katanya: "licin... licin... Macam kepala bapak mertua aku."

Bagai nila setitik, rosak susu sebelangga, ya!! Perumpamaan itu mungkin paling tepat!  Disebabkan ketidakpuasan hati seorang individu terhadap gerainya yang disita dan disaman habis terkena padahnya pada penjaja yang lain. 

Namun, ada yang berpendapat, ini semua disifatkan oleh penjaja-penjaja sebagai sikap "balas dendam" MBSA ekoran penularan video yang panas baru-baru ini.

Kredit foto: https://www.facebook.com/PejuangKelantan/



Pada musim kegawatan ekonomi dan penularan wabak COVID-19 ini, sudah pastinya ramai penjaja mengambil peluang berniaga di kaki lima untuk mencari rezeki. Ada yang berniaga burger, berniaga makanan dan minuman, berniaga beg, berniaga kasut dan baju serta tak kurang juga yang berniaga buah dan gula-gula manisan.

Jika pendapatan untuk satu malam sahaja boleh mencecah ke ratusan ringgit, namun sumber rezeki itu telah diuji tuhan dengan perobohan raksasa oleh MBSA.

Dalam kalangan penjaja-penjaja itu, ada juga individu nakal yang mengambil peluang menjual rokok-rokok seludup. Dan gerai-gerai penjaja inilah dilihat "kebal" daripada tindakan sita dan angkut MBSA. 

Itulah isu pokok yang diketengahkan oleh video tular tersebut.

Memang tidak dinafikan undang-undang tetap undang-undang, tapi apakah gerakan seperti ini melambangkan integriti sebenar penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT)?

"Indah Bestari" moto MBSA.


Bang kalau kami berduit dan kaya, kami tak perlu susah-susah begini!!

Itu adalah keluhan rata-rata penjaja yang terkena tempiasnya apabila kedai kecil yang berukuran 5x5 turut dirobohkan oleh MBSA.

Bukan jual apa pun! Kena roboh dan diangkut juga. 

Rugi! Rugi! Rugi!

Penahanan 4 pegawai MBSA yang disyaki melindungi premis perjudian haram di Sungai Buloh


Tempoh hari, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan empat pegawai MBSA yang disyaki melakukan rasuah dan melindungi premis haram perjudian di Sungai Buloh.

Turut direman selama tujuh hari adalah seorang peniaga rokok seludup berbangsa Acheh yang disyaki menghulurkan rasuah pada penguatkuasa.

Mereka yang ditangkap sehingga 18 Ogos 2020 ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.


Sementara itu menerusi satu video yang dimuat naik oleh salah seorang penjaja PlonXbox yang mengusaha makanan di hadapan kedai printingnya, turut dirobohkan penguatkuasa dengan rakusnya.

Alasannya mudah! No extension, tidak dibenarkan penambahan objek tambahan seperti awning atau bumbung.

Hakikatnya premis itu tidak menganggu jalan utama di hadapannya dan jauh pula ke dalam kawasan perindustrian Bandar Baru Sungai Buloh.


Kerja-kerja yang tergopoh-gapah MBSA mewujudkan kerugian pada penjaja tempatan yang terpaksa ditanggung


Kerugian demi kerugian yang dilakukan MBSA dek kerana sikap "dendam"nya kepada penjaja dengan memusnahkan bukan sahaja premis tetapi peralatan yang lain.

Yalah!! Mereka beri notis 24 jam dan buat kerja kurang 24 jam.

Anda rasa?? Hasil kerja-kerja perobohannya sempurna ke!? Teruk!!

Kalau marah pun tak kan habis satu kelabu dibakar kerana seekor nyamuk penganggu sahaja. 



Sikap tak wajar MBSA yang melakukan kerja-kerja dalam tempoh notis 24 jam menimbulkan amarah yang sangat keji di hati penjaja yang  terlibat.

Sudahlah periuk nasi ditutup malah kini menanggung kerugian, kerosakan perobohan yang dilakukan MBSA yang diibaratkan "tergesa-gesa" terpaksa ditanggung oleh penjaja.

Alahai.. alahai..


Bagaimanapun Aktivis Baju Merah, Dato' Jamal Yunus mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang berlaku sehingga ramai yang tidak bersalah turut terkesan.

Dia turut menimbulkan isu penjawat awam bertugas menerima gaji bulanan tetap namun berbeza pula penjaja yang diumpamakan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. 

Tak wajar sangat!

"Tak ada otak ke?

"Kalaulah aduan itu berkenaan kedai judi, u bersihkanlah kedai judi, memang kedai judi ada, mengaku salah sahajalah!

"Mahu menutup kesalahan mereka, mereka sapu semua untuk melepaskan dendam.

"Memang celakalah", ujarnya geram ketika ditemui media.


Walau bagaimanapun, baru- baru ini MBSA telah mengeluarkan satu notis pemberitahuan program pemutihan kawasan penjaja di Sungai Buloh.

Dalam program yang diadakan, terdapat beberapa agensi kerajaan yang terlibat seperti Jabatan Perlesenan, Jabatan Perancangan dan Jabatan Persekitaran serta Pembersihan untuk memberi taklimat tentang sistem dan kaedah tepat penjajaan yang betul.

Barangkali, dengan program seperti ini semangat baharu akan mula timbul berkaitan periuk nasi mereka setelah hari bersedih dan tragis menghantui.

Alhamdulillah!

Bukan apa, biarlah mereka menjaja dengan senang asalkan tidak menganggu jalan dan menghalang premis utama.

Insyallah Sungai Buloh boleh menjadi salah satu syurga makanan seperti di Thailand yang menghargai dan memperkasakan jualan makanan street food.


Notis pemberitahuan yang dikaluarkan MBSA dalam tempoh 24 jam


Sebenarnya isu yang berlaku di Sungai Buloh ada pro dan kontranya. Bagus untuk MBSA hapuskan premis mesin judi haram, namun tidak bagus pula bila mana peniaga-peniaga kecil bumiputera gerainya dirobohkan dan dikacau periuk nasi mereka dek kerana seekor nyamuk dan dendam kesumat.

Apa-apa pun MBSA bolehlah berbangga dengan gerak kerja drastik dan mega mereka, Sungai Buloh pula secara tak langsung pun popular sehari dua, mungkin berlarutan hingga ke sebulan kerana tertularnya premis perjudian mesin judi haram. 

Walau bagaimanapun inilah kisah cerita dan konflik di negeriku, Selangor, ada panas, ada air mata, ada hiba dan tangis. - KitaReporters

34
7
12
1
58

Copy Link: