Nak bermain! Kanak-kanak panjat bumbung bangunan 32 tingkat!
Published byDah nama pun kanak-kanak, mana tau selamat ke tidak, itu yang berlaku kepada empat kanak-kanak di Guizhou, China yang tidak kenal erti bahaya. Malah tindakan berani kanak-kanak sekitar 10 tahun itu melakukan aktiviti menggelongsor di bumbung bangunan perumahan 32 tingkat tanpa pemantauan ibu bapa atau orang dewasa itu sangat menggerunkan. Tengok pun gayat!!! : KitaReporters
EMPAT Kanak-kanak cuba meluncur turun bumbung bangunan 32 tingkat setinggi 100 meter di bandar Guizhou, China baru-baru ini. - Kredit foto: South China Morning Post.
Menerusi sebuah video yang ditularkan oleh penduduk
kawasan itu, dua daripada mereka dilihat cuba meluncur turun bumbung bangunan
tersebut sementara dua lagi berpaut pada besi untuk mengimbangi diri mereka.
Bahayanya dik!
Banyak lagi aktiviti boleh dilakukan kenapalah di situ lokasi yang dipilih untuk bermain.
Macam mana dorang ni dapat idea bermain di situ! seramnya
tengok.
Apa yang membahayakan bumbung tersebut sangat tinggi,
dengan keadaan tidak rata dan agak curam serta tidak berpagar.
Memetik newsyahoo.com, kesemua kanak-kanak berkenaan mengakses
bumbung bangunan menerusi pintu kecemasan yang tidak dikunci dan hanya
digunakan untuk hal kecemasan.
Alamak! ni dah salah guna kemudahan.
Kesemua kanak-kanak berkenaan ‘bebas’ berada di atas
bumbung bangunan ketinggian 100 meter itu selama 20 minit tanpa pengawasan.
Namun mereka bernasib baik kerana kesemuanya
kanak-kanak terbabit tidak mengalami apa-apa kecederaan dan kecelakaan.
BANGUNAN perumahan setinggi 32 tingkat yang menjadi lokasi kanak-kanak bermain dengan cara menggerunkan.
Bagaimanapun kegembiraan kanak-kanak itu terbantut
selepas orang ramai yang menyaksikan aksi menakutkan itu menghubungi pihak
berkuasa dan meminta mereka bersurai.
Nasib!
Ada yang melihat kalau tidak mungkin ada tragedy yang berlaku, bukannya rendah bangunan di Guizhou itu tapi ketinggian melebihi 100 meter.
Mak oiii tinggginya!
Pejabat pengurusan kemudian menghubungi ibu bapa
kanak-kanak dan mereka diberikan kompaun kerana membiarkan anak-anak tanpa
pengawasan dewasa.
Semoga kejadian berkenaan menjadi pengajaran kepada
semua dan ibu bapa sendiri perlu pantau aktiviti anak-anak mereka. - KitaReporters