Berita Terkini| Anak asnaf nikmati cermin mata percuma! Usaha Yayasan Raja Shamri, Thirdforce
Published byKIRA-KIRA 5,000 anak asnaf bakal menikmati cermin mata percuma menerusi Program Cermin Mata Percuma yang dikendalikan Yayasan Raja Shamri (YRS).
Pengerusi Eksekutif YRS, Raja Shamri Raja Husain,
berkata sebanyak RM600,000 diperuntukkan untuk program berkenaan hasil
sumbangan orang ramai.
“Pihak kami mendapat maklum balas daripada guru dan
ibu bapa mengenai keperluan cermin mata anak-anak miskin yang menyebabkan
mereka ketinggalan dalam pelajaran, selain menyebabkan sakit kepala yang teruk
hingga hilang fokus dalam kelas.
"Menyedari mengenai masalah terbabit, yayasan
melaksanakan program cermin mata percuma ini dan mengalu-alukan penyertaan
optometris untuk bersama-sama kita bagi menjayakan usaha kemanusiaan ini,” katanya
yang dipetik Berita Harian, Sabtu 3 April 2021.
Sebagai permulaan, Raja Shamri berkata pihaknya
menyasarkan anak-anak golongan B40 di seluruh Kelantan sebelum diperluaskan ke
seluruh negara dengan bantuan sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) The Thirdforce
bagi mengenal pasti mereka yang layak menerima bantuan.
Pada majlis yang berlangsung di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Masa Kelantan, YRS turut menyerahkan 5,000 botol cecair pembasmi kuman kepada dan petugas barisan hadapan di seluruh negara untuk diedarkan dalam usaha bersama-sama memutuskan rantaian Covid-19. - KitaReporters