Video| Video raya Wawa-Aeril sedih! Tapi netizen terhibur! Unsur lucu, pemasaran digandingkan

Published by
KitaReporters


PELAKON dan usahawan terkenal, Wawa Zainal bersama suaminya, Aeril Zafrel telah memuat naik satu video iklan raya untuk menceritakan perasaan ibu bapa kita yang menunggu kepulangan anak mereka ke kampung halaman. 

Menjadi kebiasaan sepatutnya video raya seperti ini akan menjadi sedih hingga mampu mengalirkan air mata tetapi sebaliknya pula apabila mereka membawa sedikit kelainan dengan meletakkan sedikit unsur lawak serta aspek marketing (pemasaran) dalam video mereka


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Wawa Zainal



Kredit video : IG WAWA ZAINAL


Anda sudah tonton? Sedih ke kelakar? 

Jika dilihat dalam ruangan komen, ramai terhibur dengan video iklan raya ini malah ada juga yang memuji marketing jenama mereka. 








Bukan setakat orang terhibur, ramai juga yang memuji mereka berdua ini yang mengatakan bahawa dah tua pun masih mengekalkan kecantikan. 

Make-up yang dihasilkan itu ternyata berjaya mencuri perhatian netizen dan itulah mesej utama mereka dalam video ini. 

Nak kelihatan cantik? Gunalah make-up keluaran Wawa Zainal. Haaa gituuu!!!!! 







Raya Aidilfitri tahun ini bakal menyaksikan sekali lagi kita tidak dapat berkumpul beramai-ramai bersama sanak saudara dan keluarga di kampung. Sedihkan!!!. 

Buat yang beraya di perantauan, jangan lupa gunakan teknologi yang ada untuk berhubung dengan ibu bapa kita di kampung. 

Moga Covid-19 ini akan pulih dan kembali seperti sedia kala. - KitaReporters


1
0
0
0
0

Copy Link: