Jazakallah Ustaz Ebit Lew! Harungi banjir ke kampung Orang Asli! Beri bantuan makanan dan wang
Published by``SAYU hati saya apabila melihat semua jalan di perkampungan Orang Asli di Belukar Paloh Hinai, Temerloh menjadi sungai warna keruh bagaikan lautan `tea susu’ akibat banjir. Ya Allah permudahkan segala urusan Orang-Orang Asli di situ semoga mereka selamat semuanya." Amin!! : KitaReporters
Lagi kisah-kisah berkaitan Ustaz Ebit Lew:
https://kitareporters.com/search?search=ebit+lew
Demikian keluhan dan doa penceramah bebas yang juga seorang dermawan, Ustaz Ebit Lew ketika melawat mangsa banjir serta memberi sumbangan makanan kepada 300 mangsa banjir Orang Asli Belukar Paloh Hinai pada Jumaat, 8 Januari 2021.
Ebit Lew yang sebelum ini sering memberi pelbagai sumbangan kepada mereka yang menghadapi musibah berkata hatinya turut tersentuh melihat mangsa-mangsa banjir terbabit bukan sahaja terputus bekalan makanan.
EBIT Lew mengharungi air untuk mangsa banjir serta mengagihkan sumbangan makanan kepada mangsa banjir Orang Asli di Kampung Belukar Paloh Hanai, Temerloh, Pahang pada 8 Januari 2021. - Kredit foto: FB Ebit Lew
Malah, katanya, bekalan elekrik serta air juga turut terputus di perkampungan Orang Asli itu sejak lima hari lalu berikutan banjir besar yang melanda di Pahang.
``Perkampungan mereka hanya ada sebuah kedai dan terputus bekalan makanan pula, manakala bot mereka ada dua buah bot kecil untuk berurusan ketika banjir ini.
EBIT Lew turut memberi sumbangan wang kepada remaja Orang Asli. - Kredit foto: FB Ebit Lew
``Sedih hati mengenangkan nasib mereka walaupun kebanyakan penduduk di perkampungan itu bukan beragama Islam tetapi kita tetap bantu mereka dan rumah mereka banyak yang ditenggelami air,’’ katanya dalam laman Facebooknya pada Jumaat, 8 Januari 2021.
Rombongan Ebit Lew bergerak dengan menggunakan lapan bot untuk mengagihkan bantuan makanan sebanyak 500 set (bungkus) dan sedikit wang kepada mangsa banjir Orang Asli itu.
Mereka bergerak dengan bot itu termasuk mereka adakalanya mengharungi air banjir bermula dari pukul 8 pagi hingga 3 petang sepanjang perkampungan Orang Asli dari satu tempat ke satu tempat untuk menyampaikan sedekah jariahnya.
``Sebaik sahaja kami sampai, Orang Asli sambut kami dan mereka berebut-rebut datang ke bot kami, mereka memerlukan bantuan makanan apatah lagi bekalan mereka sudah terputus sejak beberapa hari lalu.
``Sepanjang hari kami berada di situ dalam keadaan hujan lebat kami tetap meneruskan sumbangan makanan itu kepada mereka kerana kami bersimpati dengan nasib mereka,’’ katanya.
Kredit foto-foto: FB Ebit Lew
Ebit Lew turut mendoakan semoga mangsa banjir di perkampungan Orang Asli itu serta mangsa banjir lain dari beberapa negeri yang dilanda bencana alam itu agar mereka semuanya selamat.
Difahamkan, sebelum itu, pihak kerajaan negeri telah memberi sumbangan makanan kepada Orang Asli Belukar Paloh, Hinai, Temerloh, Pahang. - KitaReporters