KEGELISAHAN keluarga nelayan dari Kelantan yang dilaporkan hilang di laut selepas bot yang mereka naiki tenggelam di perairan Pulau Perhentian dekat Besut, Terengganu terubat apabila empat daripada lima nelayan terbabit ditemui selamat pagi ini Jumaat 1 Januari 2020. Alhamdullillah!! : KitaReporters


Salah seorang nelayan yang terselamat dibawa ke jeti Pulau Perhentian, Besut untuk mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Pulau Perhentian


Lagi kisah-kisah suka duka berkaitan nelayan:

https://kitareporters.com/search?search=nelayan


Mereka yang ditemui selamat ialah tekong bot iaitu Tuan Azhar Tengku Long, 47, dari Pasir Putih, Kelantan dan tiga awak-awak iaitu Tuan Azrizal Tuan Azhar, 19, (Pasir Putih, Kelantan); Mohd Azri Mohd Rosdi, 28, (Tok Bali, Kelantan); dan Ujang, 40, telah dijumpai di Pantai Coral View, Pulau Perhentian Besar pagi Jumaat. 

Bagaimanapaun seorang lagi mangsa iaitu Saari Saleh, 40-an, berasal dari Terengganu masih belum ditemui.


Mangsa bot karam di perairan Pulau Perhentian, Besut yang berjaya diselamatkan pasukan penyelamat


Pasukan penyelamat sedang giat melakukan usaha mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang dijalankan oleh pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan polis marin di lima batu nautika dari kawasan kejadian. 

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abd Rozak Muhammad ketika mengesahkan perkara itu berkata, kesemua mangsa yang ditemui selamat memakai jaket keselamatan, ditemui penduduk kampung kita-kira jam 8.45 pagi Jumaat 1 Januari 2020 dan telah dibawa ke Klinik Pulau Perhentian untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Ketua Polis Daerah Besut, Abd Rozak Muhammad


Katanya, lima nelayan terbabit dipercayai dari Pasir Putih, Kelantan dan satu dari Terengganu keluar untuk menangkap ikan di sekitar perairan Terengganu.

Bagaimanapun, katanya, bot yang dinaiki karam berhampiran Pulau Perhentian kira-kira jam satu tengah hari, Khamis 31 Disember 2020. Kejadian itu berlaku akibat daripada bot yang dimasuki air kerana disyaki bocor dan keadaan cuaca yang kurang baik.


Perairan Pulau Perhentian,Besut. - Gambar hiasan


"Pihak kami mendapat maklumat awal kejadian pada jam 7.15 malam tentang kejadian berkenaan melibatkan seorang tekong dan empat awak-awak,” katanya.

Susulan itu, pihaknya telah melaporkan kejadian berkenaan kepada APMM Tok Bali untuk tindakan lanjut dan ke lokasi kejadian. 

Abdul Rozak berkata, usaha mencari dan menyelamat mangsa digerakkan membabitkan 25 anggota APMM dan tiga anggota polis dari Balai Polis Pulau Perhentian. - KitaReporters

6
0
15
1
1

Copy Link: