Video| Gara-gara tak tanak nasi! Ibu maut dipukul kejam anak
Published byPERTALIAN antara ibu dan anak adalah hubungan yang paling kukuh di alam ini, kerana terlalu sayangnya anak, si ibu kadangkala sanggup berkorban apa sahaja demi membahagiakan anak. Besarnya pengorbanan seorang ibu kepada anak, namun anak belum tentu mahu melakukan sedemikian rupa demi membuktikan kasih sayangnya kepada ibu. : KItaReporters
SANGGUP pukul ibunya sendiri semata-mata tidak menyediakan makanan kepad dirinya. - Kredit foto: kompas.com.
Lagi kisah-kisah berkaitan ibu:
https://kitareporters.com/tag/ibu
Baru-baru
ini, seorang anak lelaki muda tergamak memukul ibunya sendiri semata-mata
berang kerana ibunya tidak memasak nasi di rumah mereka di Tapanuli Utara, Sumatera
Utara.
Memetik laporan detiknews,com, Syahrul Harahap dikatakan mengamuk selepas bangun daripada tidur dan
mendapati tiada hidangan nasi di dapurnya.
Pemuda berusia 28 tahun itu kemudian terus menengking ibu sebelum mencapai sebatang kayu api yang berada di bawah rumah mereka.
Malah tanpa rasa bersalah, Syahrul kemudian menghempuk kayu api berkenaan ke arah ibunya menyebabkan wanita itu terus pengsan.
Ibunya yang
berusia 52 tahun itu berkata dia sengaja tidak memasak kerana jirannya
mengadakan kenduri dan meminta Syahrul menjamu selera di tempat kenduri
berkenaan.
Jurucakap polis daerah Tapanuli Utara, W Baringbing berkata, suspek terdahulu memukul ibu sekuat hati sebanyak dua kali dan terkena pada bahagian kepala kanan dan kiri menggunakan kayu api hingga mangsa terjatuh.
Selepas memukul
wanita yang melahirkan dirinya, Syahrul kemudian terus memberitahu kepada jiran
tetangga tentang apa yang berlaku kepada mereka berdua.
Penduduk kemudian
terus bergegas ke arah ibunya dan membawa ke hospital namun dalam perjalanan ibunya menghembuskan nafas.
Polis
kemudian menahan Syahrul untuk siasatan lanjut.
Baringbing
berkata, hasil siasatan mendapati suspek tidak mengalami gangguan jiwa atau
terpengaruh dengan minuman keras. : KitaReporters