Video| Takut disuntik vaksin Covid-19! Pekerja kesihatan wanita ramai-ramai ngaku hamil muda!
Published bySITUASI mengejut berlaku di klinik-klinik kesihatan di daerah Pidie, Aceh apabila sebahagian besar pekerja kesihatan wanita mengaku mengandung muda iaitu baru sebulan ketika program vaksinasi akan dilaksanakan di daerah itu tidak lama lagi.
Pengakuan itu mengejutkan pihak atasan puluhan klinik di daerah itu kerana sebahagian pekerja kesihatan itu tidak pernah membuat pengakuan sudah berkahwin.
Ini membuat ada pihak sangsi mereka mengandung dan jika ada yang benar-benar mengandung secara hampir bersamaan atau mereka takut disuntik.
https://kitareporters.com/search?search=vaksin
Masih ada masyarakat yang takut disuntik dan mencari alasan untuk mengelak. - Kredit foto: Tribun News
Jumlah pekerja kesihatan di daerah itu adalah seramai 280 orang, justeru disyaki terdapat sejumlah pekerja kesihatan di daerah itu mencari helah untuk tidak divaksin.
Ini kerana golongan ibu mengandung adalah golongan yang dikecuali daripada disuntik vaksin Covid-19.
Suntikan vaksin adalah perkara yang ditakut sebahagian masyarakat termasuk golongan pekerja kesihatan dan mencari alasan untuk mengelak disuntik.Jabatan Kesihatan Pidie menjalankan siasatan adakah dakwaan pekerja kesihatan itu benar dan jika ada yang menipu, mereka akan dihukum.
Indonesia mewajibkan suntikan vaksin sebagai salah satu cara mengekang penyebaran wabak Covid-19 dengan dimulai Presiden Joko Widodo pada Februari 2021 lalu.
Dan pihak yang mengelak untuk divaksin dan menghasut rakyat tidak melakukan vaksin akan dihukum.
Indonesia kini menggunakan vaksin jenis Sinovac.
Sementara itu, sudah tersebar meluas pelbagai video yang merakam gelagat orang ramai ketika hendak menerima suntikan vaksin Covid-19 itu.
Kerana rasa takut "dicucuk", dapat disaksikan bermacam-macam aksi lucu dan menggemparkan yang berjaya dirakam dan dikongsi dalam media sosial.
Antara video yang tular itu ialah aksi seorang lelaki yang memakai kemeja-T hitam dan seluar jeans ketika hendak disuntik. Dipercayai lelaki itu ketakutan hendak disuntik dengan vaksin COVID-19.
Beberapa kali terdengar suaranya yang mengucap takbir dan membaca doa qunut dan ayat kursi sambil terus menggerak-gerakkan badannya yang ketakutan.
Sementara lelaki yang berada di hadapannya berusaha untuk menenangkan dan memegangnya agar tenaga perubatan dapat menyuntikkan vaksin dengan betul. Lelaki itu terus ketakutan, hingga akhirnya tenaga perubatan berjaya menyusuk jarum suntikan pada lengan kirinya.
Teriakannya semakin kuat dan menyandarkan kepala pada dada lelaki yang ada di hadapannya.
Gelagat lelaki takut disuntik vaksin Covid-19 menimbulkan kelucuan.
"Allahu Akbar, Allahu Akbar, Lailahailallah," teriak lelaki itu seperti dilapor portal Indozone, Ahad, 28 Februari 2021.
Video itu tular dan sudah ditonton lebih 34,000 kali dan para netizen memberi pelbagai komen. Antaranya bagaimana yang bertubuh sasa itu dan pernah ditindik, takutkan jarum suntikan Covid-19.
Selama ini sesiapa yang divaksin tidak mengalami alahan. Nampaknya kempen vaksin perlu digalakkan bagi mengelakkan orang ramai menerima suntikan. - KitaReporters