Rosniza Baharum bersama anggota PDRM di Balai Polis Jertih


PENGORBANAN petugas barisan hadapan ketika negara dilanda pandemik COVID-19 sejak Mac 2020 sehingga sekarang yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai situasi sama ada di lapangan atau pejabat sememangnya amat dihargai seluruh masyarakat.

Jasa dan khidmat mereka akan sentiasai diingati dan disanjung tinggi kerana tabah menghadapi cabaran ketika bertugas sepanjang tempoh negara menghadapi wabak COVID-19 yang melanda negara.

Bagaimanapun, negara amat beruntung kerana banyak syarikat koporat, Badan Bukan Kerajaan (NGO), pemimpin masyarakat dan individu yang prihatin dengan nasib rakyat dan petugas barisan hadapan apabila kumpulan berkenaan tampil menghulurkan pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan kepada golongan terkesan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan memberi sumbangan

Simbolik..Rosniza menyerahkan pek barangan keperluan kepada ASP Sabri Mohamed Noor


Syarikat koporat terbesar Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) adalah antara yang turut serta membantu komuniti terkesan dan anggota barisan hadapan dengan menyediakan sumbangan barangan keperluan bagi meringankan beban ketika berhadapan dengan pandemic COVID-19. 

Ketua Jabatan Komunikasi Koporatnya, Rosniza Baharum berkata, pihaknya tidak ketinggalan turun padang membantu golongan yang terkesan akibat pandemik tersebut.

Katanya, program turun padang mendekati komuniti termasuk pesawah dan barisan hadapan yang dilakukan oleh syarikat tersebut amat menyentuh perasaannya apabila melihat suasana kehidupan pelbagai golongan masyarakat yang terjejas akibat pandemik.


Rosniza Baharum


“Kami terpaksa turun padang ke seluruh negara untuk menghulurkan pelbagai bentuk bantuan bukan sahaja kepada komuniti tetapi juga kepada pelajar,” katanya ketika menyampaikan sumbangan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Balai Polis Jertih, pada Rabu 20 Ogos 2021.

Pada majlis itu Rosniza menyampaikan sumbangan pek barangan dapur kepada Ketua Balai, Assistan Superintendan Polis (ASP) Sabri Mohamed Noor untuk diagihkan kepada 50 anggota polis di balai tersebut .

Rosniza berkata, sejak program turun padang dilakukan bermula Ogos 2021 lalu, pihaknya menyediakan sebanyak 3,000 pek barangan keperluan yang diagihkan kepada golongan terbabit. 

“Pihak BERNAS dijangka akan mengagihkan kira-kira 1,000 pek lagi barangan keperluan kepada golongan yang terkesan sehingga akhir November 2021 ini,” katanya. 


Abd Rozak Muhammad


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abd Rozak Muhammad yang tidak dapat hadir pada majlis penyerahan tersebut mengucapkan terima kasih kepada pihak BERNAS kerana memilih Balai Polis Jertih untuk program turun padang bagi mengagihkan sumbangan barangan kepada petugas barisan hadapan di daerah Besut. - KitaReporters


9
12
1
15
1

Copy Link: