.


Seorang remaja lelaki bernama Trison nekad membakar motosikalnya di tepi jalan raya kerana berang selepas disaman oleh polis trafik. Menurut portal berita Tribunnews, kejadian berlaku di Pasaman Barat, wilayah Sumatera Barat.

Lelaki dari Palembang ini membakar motosikalnya ketika hendak disaman oleh anggota polis di depan Masjid Agung Pasaman Barat, Sumatra Barat (Sumbar) pada  Khamis 9 Januari 2025.


Menurut Ketua Polis Trafik Pasaman Barat, Rina Aryanti, Trison ditahan ketika menunggang motosikalnya di sebuah persimpangan. Trison didapati tidak memakai topi keledar dan tidak memiliki geran motosikal.

Kerana gagal mengawal emosi, remaja ini mencurahkan minyak petrol yang dibawa dalam tong 5 liter dan menyalakan pemetik lalu membakar motosikalnya.


Kejadian itu membuat gempar orang ramai yang lalu lalang. Kereta bomba terpaksa dipanggil untuk memadamkan kebakaran. Motosikalnya hangus.

Marah yang makan diri. Akhirnya sudahlah motosikalnya musnah, Trison juga ditahan oleh polis atas pelbagai kesalahan.

Dalam keterangan kepada polis, Trison mengaku telah dua hari melakukan perjalanan dari Rokan Hulu, Riau dengan tujuan pulang ke kampungnya di Sibolga, Sumatra Utara.

Trison juga menyampaikan pemohonan maaf kepada masyarakat kerana telah membuat aksi tidak wajar dan video kejadian sudah tular. - KitaReporters


12
22
0
5
0

Copy Link: