.


Tugas polis bukan hanya setakat menjaga keamanan dan keselamatan. Malah anggota polis juga perlu diminta melakukan tugas kemasyarakat jika keadaan memerlukan.

Seorang pegawai polis Indonesia membuktikan tagline itu merupakan satu kenyataan.



Pegawai polis bernama Abdul Syahid secara spontan sedia membaringkan tubuhnya di atas jalan yang terputus kira-kira semeter akibat tanah jerlus di Kecamatan Sekongkang, Kabupaten Sumbawa Barat, Nusa Tenggara Barat (NTB) pada Jumaat, 10 Januari 2025.

Syahid rela menjadikan bahagian belakang badannya sebagai  ‘jambatan’ bagi membolehkan seorang ibu dan anaknya menyeberang di jalan yang sudah terbelah itu. 

Video kejadian itu pertama kali dimuat naik oleh akaun TikTok Jamal Supriadi kemudian ditular siar oleh beberapa media sosial lain serta sejumlah media cetak dan media elektronik.

Ia menerima pujian daripada pengikut laman sosial dan menyokong langkah pihak polis melakukan kerja kebajikan untuk rakyat.



Dalam video yang beredar, terdengar suara si ibu yang meminta maaf kepada Bripka (Brigadir Polisi Kepala atau ketua polis mukim) Abdul Syahid sebelum melintasi belakangnya.

"Saya tidak berani, maaf bapak, permisi bapak," katanya. 

Ketua Polis Sekongkang, Ipda (Inspektur Polisi Dua) Herman ketika dihubungi media Kompas mengesahkan kejadian itu.

Herman turut memuji aksi hero Bripka Abdul Syahid yang benar-benar memperlihat ‘polis dan masyarakat berpisah tiada’. 

Tambah Herman, polis daerah merancang untuk memberi penghargaan kepada Bripka Abdul Syahid. Ia bagi memberi perangsang anggota polis lain untuk melakukan kegiatan kebajikan. - KitaReporters


13
12
0
14
0

Copy Link: