Nak berhibur biarlah beradab! Berkung fu dalam TikTok! Jangan lebihi batas! Tak semua boleh diikuti!
Published byKalau anda seorang pengguna media sosial seperti TikTok, pasti teruja setiap kalau kesan visual (effect) baharu muncul dalam aplikasi tersebut. Apatah lagi kalau effect itu tular dan mampu menaikkan jumlah tanda suka dan view.
Maka berbondong-bondonglah orang akan mencuba effect tersebut tanpa menyelidik terlebih dahulu adakah ia sesuai atau selari dengan adat, budaya dan agama (Islam) kita.
Rata-rata mengetepikan dahulu perihal tersebut kerana beranggapan ia hanyalah sekadar hiburan.
Malah apabila ada pihak menegur, masing-masing mula naik angin dan mempertahan pendapat masing-masing. Malah ada juga secara sinis mengkelaskan pihak yang menegur itu datang dari Facebook.
Tak sangka, dalam media sosial ada juga hierarki!
Awal tahun 2025, effect paling popular atau tular dalam TikTok ialah aksi kung fu.
Kesan visual tersebut menyaksikan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (artificial intelligence) atau lebih dikenali sebagai teknologi AI. Kesan tersebut mampu menukarkan gambar statik kepada video berkung fu.
Antara gambar popular yang digunakan ialah pasangan suami isteri, pengantin pada majlis akad nikah dan majlis konvokesyen. Bayangkan, suami isteri berkung fu sesama sendiri, pengantin lelaki berkung fu dengan tok kadi dan graduan berkung fu dengan timbalan naib canselor. Sudah pasti ia kelihatan kurang ajar walaupun hanya teknologi AI.
Isu ini mendapat perhatian seorang pendakwah dan penulis prolofik, Angah Sunan. Menggunakan platform TikTok dan Facebook, dia mengulas isu tersebut.
“Dalam TikTok
sekarang, tular kesan (effect) visual kung fu Shaolin. Gambar kita akan dijana
oleh AI TikTok lalu orang-orang dalam gambar itu macam real bergerak dan berkung fu level
naik kaki bagai.
“Kemudian ramailah
yang buat. Gambar ambil scroll pada majlis konvokesyen, tiba-tiba berkung fu dengan timbalan naib canselor atau
seumpama. Laki bini berkung fu-kung fu.
“Orang yang waras tak buat video begitu kerana kurang adabnya tambahan lagi orang dalam gambar itu adalah orang terhormat seperti ibu, bapa, suami, isteri dan guru-guru kita,” tulisnya.
Namun tegurannya itu mendapat tentangan daripada segelintir netizen yang tidak bersetuju. Rata-rata yang tidak bersetuju itu mula melontarkan kata-kata sinis. Mereka anggap ia sekadar hiburan dan tidak perlu terlalu serius.
“Sekadar hiburan. Semua nak ambil serius. Kenapalah!” tulisnya tidak berpuas hati.
Namun ada masih
ramai juga yang bersetuju effect tersebut tidak sesuai dan biadab terutama apabila melibatkan orang-orang terhormat.
“Yang memalukan lagi gambar sedang akad nikah dibuat aksi kung fu. Pengantin naik kaki ke pak imam tu,” tulis netizen.