Video| Doktor berhati emas! Bantu pesakit kurang mampu! Bayar seikhlasnya! Dengan sayur, buah, roti!
Published byDoktor adalah kerja profesional dan ramai golongan ini membuka klinik sendiri bagi mendapat pendapatan lebih dan lumayan. Namun terdapat sejumlah anggota masyarakat yang tidak mampu mendapatkan rawatan di klinik swasta kerana biayanya.
Dr Rinal Duhri, 34, yang berasal dari Aceh menyimpan impian untuk membantu masyarakat melalui bidang perubatan yang dipelajarinya.
Ini kerana dia melihat banyak masyarakat yang memerlukan khidmat kesihatan, namun tidak dapat melakukannya kerana kekurangan biaya.
Justeru, dia yang mempunyai klinik di Jalan Jatimulya Nombor 30 RT 02/04, Cilodong, Kota Depok, Jawa Barat memberi kadar bayaran semampu pesakitnya .
Dalam sehari tidak kurang 50 pesakit golongan kurang mampu datang untuk mendapatkan rawatan. Mereka memberikan bayaran yang jauh lebih rendah daripada bayaran sepatutnya.
Walaupun pendapatan yang diterima tidak seberapa namun Dr Rinal Duhri tetap berpuas hati berjaya memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
Dia menyedari rawatan di klinik agar mahal dan berharap apa yang dilakunya menjadi pendorong sejumlah doktor untuk melakukan khidmat sedemikian.
Bagi penduduk daerah Depok sudah cukup mengenali Dr Rinal Duhri dan kliniknya.
Dr Rinal turut memberi khidmat ke rumah bagi merawat pesakit yang tidak mampu datang ke klinik.