SESAK dada membaca tajuk-tajuk berita dalam media massa sejak akhir-akhir ini. Masalah seksual dalam kalangan anak-anak seperti gelombang tsunami yang sukar dibendung.

“Tidak mampu ganti pemadam kawan, kanak-kanak 10 tahun tawar seks”

“Lelaki rogol anak kandung sehingga lahir dua anak”

“8 tahun rogol anak sendiri, isteri tahu tapi diamkan kejadian” 


Seksualiti bukan isu baharu tapi dengan berleluasanya penggunaan gajet dan internet, ceteknya penerapan ilmu mengenai kepentingan seksual, dan kurangnya kefahaman agama dalam pendidikan seksualiti, menjadikan ia semakin tidak terkawal dan parah.

Setiausaha Biro Keluarga dan Kemasyarakatan (BKM) ISMA, Engku Aeisyah Engku Zakir Hussein, berkata ramai tertanya-tanya apa yang perlu mereka lakukan malah ibu bapa bimbang keselamatan anak-anak kerana alpa bagaimana untuk bertindak dan di mana perlu dimulakan.

Beliau berkata, kebanyakan kes yang berlaku kerana ibu bapa tidak memberi kefahaman dan ilmu kepada anak-anak, jadi bagaimana mereka dapat tahu kebenaran antara kebaikan dan keburukan berkaitan seksualiti. 

Engku Aeisyah Engku Zakir Hussein


"Justeru, bagi memberi kefahaman dan ilmu kepada ibu bapa selain menjawab pelbagai persoalan mengenai perkara ini, ISMA Bangi terpanggil untuk menganjurkan seminar Syurga Keluarga Kita: Pendidikan Seksualiti: Tabu atau Perlu?.

"Seminar ini amat sesuai untuk ibu bapa, guru-guru dan semua pihak yang berurusan dengan anak-anak kerana perkongsian ilmu pada seminar ini berpandukan agama, bukannya daripada acuan Barat yang tidak sesuai dengan budaya dan cara hidup masyarakat Malaysia," katanya.

Menurutnya, selain menampilkan panel-panel hebat, orang ramai tidak perlu membayar ratusan ringgit kerana demi memberi ilmu kepada ibu bapa dan masyarakat, peserta hanya perlu membayar RM60 seorang untuk mendapatkan mutiara yang tidak ternilai ini.  

Bukan itu sahaja, katanya penganjur juga menawarkan harga istimewa buat "early bird" atau pendaftaran awal yang mendaftar sebelum 10 Julai 2024, mereka hanya perlu membayar RM50 seorang atau RM45 seorang jika mendaftar dalam kumpulan dua orang atau lebih. 


Nur Farihah Meor Mazli  


BKM ISMA yang menganjurkan seminar ini bekerjasama dengan Ikatan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (I-Medik) dan Surau Al-Sobah, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Seminar ini bakal menampilkan panel-panel hebat, antaranya peguam, Nur Farihah Meor Mazli. Lulusan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini banyak pengalaman mengendalikan pelbagai isu mengenai perundangan termasuk menyertai delegasi ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva pada 2024. 

Farihah juga adalah Setiausaha Kehormat Perikatan Wanita Antarabangsa Untuk Institusi Keluarga & Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) selain Pengarah Komunikasi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala (MACSA). 


Ustazah Nur Fatin Halil


Panel kedua ialah Penolong Setiausaha Agung dan Penyelidik Muafakat Ilmuwan Islam (MUIS), Ustazah Nur Fatin Halil. Graduan lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir ini banyak menulis mengenai fiqh wanita, pandangan hukum dan isu-isu gender. Ibu kepada tiga cahaya mata ini juga adalah panel Pengubal Modul Pendidikan Seksualiti dan Kesihatan Reproduktif.    

Panel ketiga, Pegawai Perubatan DBKL, Dr Siti Sarah Amran ialah penceramah Pendidikan Seksualiti dan Reproduktif kepada lebih 1,000 pelajar di sekolah rendah dan menengah. Lulusan Perubatan & Pembedahan dari Universiti Ain Shams, Mesir ini juga terbabit menggubal modul Pendidikan Seksualiti dan Reproduktif. 

Dr Siti Sarah Amran


Panel keempat, Pensyarah Perubatan UiTM dan Pakar Pediatrik Hospital Al-Sultan Abdullah, Dr Anayasmin Azmi pernah berkhidmat selama 18 tahun dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengendalikan kes-kes remaja dan kanak-kanak seperti kehamilan, penderaan seksual dan penyakit berjangkit membabitkan kanak-kanak.

Lulusan Perubatan dan Pembedahan daripada Universiti Monash, Australia, serta pakar autisme bertauliah ini banyak menulis mengenai wanita dan kanak-kanak dalam akhbar dan majalah selain media sosial.

Dr Anayasmin Azmi


Sementara itu, Engku Aeisyah menjemput syarikat korporat yang berminat untuk turut serta bagi menunjukkan keprihatinan mereka mengenai kepentingan isu-isu kekeluargaan seperti seksualiti, remaja serta kanak-kanak.  

"Hubungi Pengarah Program, Nurjalilah Mohd Rosli pada talian 013-2545512 mahupun melalui emel nurjalilah.mr@gmail.com jika syarikat korporat atau individu berminat mengambil bahagian atau menaja seminar ini. 

"Sebarang kemusykilan, boleh hubungi saya menerusi talian 010-8384854 jika berminat untuk mendaftar sebagai peserta atau mendapat maklumat lanjut mengenai seminar kekeluargaan ini," katanya lagi. - KitaReporters

11
11
0
11
0

Copy Link: