Opah Ngomel| Konspirasi atau kebetulan? Mike Lynch mati lemas! Stephen Chamberlain maut dilanggar!
Published byMike Lynch
Hanna anak Mike Lynch yang baru berusia 18 tahun.
SAMA ADA secara kebetulan atau ada cubaan membunuh, usahawan teknologi Britain, Mike Lynch, yang digelar sebagai Bill Gate England, bersama anak perempuannya berserta dengan peguam dan tokoh perbankan mati lemas bila kapal mewahnya Bayesian dibadai sengkayan atau belalai air (puting beliung air).
Mike yang baru saja dibebaskan daripada tuduhan penipuan perniagaan di Amerika Syarikat ditemui lemas bersama anak perempuannya Hanna,18 tahun.
Dua beranak itu dikatakan berlindung di bawah tilam di dalam kapal berkenaan yang tenggelam di pinggir pantai Sicily, Itali pada 19 Ogos 2024 dan mayatnya ditemui pada 21 Ogos 2024. Ada lagi mayat yang belum ditemui dan usaha mencari dan menemukan (S&R) oleh pakar penyelam ditingkatkan.
Ramai yang membuat analisis dan konspirasi bahawa secara kebetulan, defendan bersama Mike iaitu Stephen Chamberlain, Naib Presiden Kewangan dan Ketua Eksekutif Autonomy yang sama-sama didakwa menjual syarikat kepada Hewlett-Paackard terlebih dahulu, pula mati dilanggar ketika berjogging di Cambridgeshire pada Sabtu 17 Ogos 2024.
Bayesian yang sepatutnya tahan lasak dibadai, akhirnya tenggelam bersama penumpangnya.
Bagaimanapun pemandu yang melanggar lelaki itu tidak lari dan membantu pihak polis, demikian petikan agensi berita Reuters melaporkan Stephen dipasang alat bantuan penafasan tetapi meninggal dunia dua hari kemudian.
Sebelum itu Mike juga ada menyatakan dia bimbang jika didapati bersalah selepas bertahun-tahun menjalani perbicaraan di AS dan tidak mampu bertahan jika dihukum penjara kerana paru-parunya tidak begitu sihat.
Mike dilaporkan berkata, "Saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga dan kawan-kawan kerana tidak tahu dapat pulang ke England atau tidak. Jika bersalah, ia penamat hidup," katanya selepas bebas tuduhan menjual perniagaan teknologi keselamatan siber kepada HP dengan harga RM67.85 billion (AS$11bilion) atau (£8.6bn).
Mike menerima keuntungan £500 juta (RM287 billion). Mike juga dilaporkan mempunyai kekayaan AS$450 juta (1.97 billion).
Stephen Chamberlain
Autonomy menjadi skandal terbesar dalam industri teknologi British kerana HP kemudian menurunkan nilai Autonomy RM38.5 billion ($8.8bilion). Mike dikenakan 15 tuduhan termasuk 1 kes konspirasi di Mahkamah San Francisco.
Apabila dibebaskan , Mike memberitahu akhbar Times UK, "Bila dengar keputusan macam mahu melompat setinggi angkasa. Jika sebaliknya tamatkan hidup saya."
Bagi meraikan kebebasan itulah, pada 19 Ogos 2024 rombongan 22 orang termasuk Mike, isterinya Bacares, anak perempuan, peguamnya, pakar perbankan yang membantunya bebas, tetamu dan cef berlayar dengan Bayesian.
Kapal layar sepanjang 56 meter dengan kos RM170 juta (AS$39 juta) itu mempunyai beberapa tingkat untuk memuatkan bilik tidur, ruang hiburan dan semua keperluan pelayaran dan dikatakan lebih teguh daripada Titanic dengan kerangka dan seni buatan paling terkini.
Akibat belalai air itu juga kawasan pelancongan di bandar utama Itali digenangi banji kilat apabila terusan Venice melimpah ke jalan raya.
Malangnya taufan paling ganas atau belalai air yang kebetulan ditakdirkan berlaku pada hari itu, melenyapkan Bayesian dengan merobek-robek macam besi buruk dan tenggelam, tanpa penumpang sempat menyelamatkan diri.
Isteri Mike, Angela Bacares, selamat dan kapal itu didaftar atas namanya. - KitaReporters