.


Dunia kini mempunyai sekitar 8.2 bilion penduduk. Dan dari jumlah itu, menurut laporan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), seramai 1 bilion penduduk hidup dalam kemiskinan teruk.

Sudah menjadi lumrah manusia enggan hidup susah namun keadaan memaksa.



Namun masih terdapat sejumlah insan yang tidak pernah merasa hidup susah kerana dilimpahi kekayaan sejak lahir atau mewarisi kekayaan keturunan.

Antara insan yang bertuah ialah gadis bernama Pamela Kayla RZ dari Lampung, Sumatera Selatan. Dia adalah anak seorang hartawan di Lampung dan sempena ulang tahun ke-17-nya, telah diadakan majlis hari lahir meriah untuknya.



Pamela tidak hanya menerima hadiah berharga atau pemberian (kado) daripada ayahnya, malah datuk kesayangannya memberi hadiah yang tidak dijangka.

Datuknya Drs Sulpakar merupakan juragan (tauke) tebu yang juga orang kanan Bupati (Pegawai Daerah) Lampung.

Pada majlis ulang tahun pada Sabtu, 14 Disember 2024 lalu, si datuk memberikan buket bunga disertai sebuah pamplet bertuliskan ucapan selamat ulang tahun serta akaun bank daripada Bank BRI bernilai Rp1,000,000,000 (satu milyiar atau satu bilion rupiah) atau kira-kira RM300 ribu.



Dalam video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @cocoentertainment_ 1 pada Ahad, 15 Disember 2024 kelihatan Jessica gembira dan terharu menerima hadiah yang tidak terduga itu.

Drs Sulpakar turut memberi sejumlah wang tunai kepada para tetamu yang hadir. Sebahagian besar para netizen memberi ucapan tahniah kepada Pamela dan bertuah lahir dalam keluarga hartawan.

Para netizen menjangka Pamela akan menerima hadiah lebih lumayan apabila menyambut ulang tahun ke 21 nanti. Begitu juga apabila dia berumah tangga kelak. - KitaReporters

9
7
0
7
0

Copy Link: