Video| Tabur duit dari udara! Berjumlah RM560 ribu! Netizen kecam bapa pengantin lelaki! Sifat riak!
Published by
KitaReporters
--title--
.
Seorang bapa kepada pengantin lelaki ymembuat kejutan pada hari perkahwinan pada pihak pengantin perempuan.
Lelaki jutawan itu menyewa sebuah pesawat ringan yang berlegar di kawasan tanah lapang milik keluarga pengantin wanita di Hyderabad, Pakistan di mana para hadirin sedang menjamu selera.
Para tetamu dan pengantin serta keluarga pengantin menjadi panik melihat kemunculan pesawat ringan dan melemparkan ‘kertas’ kepada mereka.
Apabila ‘kertas-kertas’ ini mendarat di tanah para tetamu berebut-rebut melihat apa yang ditulis pada ‘surat’ itu. Dan para tetamu tergangga melihat ‘surat’ itu adalah kepingan wang rupee Pakistan dalam pelbagai nilai.
Menurut media The Sun UK, wang rupee Pakistan yang dilempar dari udara itu dianggar berjumlah 100 ribu pound British (GBP) (kira-kira RM560 ribu).
Lelaki kaya itu datang dari bandar Hyderabad di selatan wilayah Sindh.
Video taburan wang dari udara itu tular di beberapa laman sosial serta media. Ia menerima pandangan negatif daripada netizen.Ramai yang beranggapan cara yang dilaku itu kurang sesuai dan bersifat riak.
Tambah netizen, jika benar-benar Ikhlas hendak menyumbang, lelaki itu boleh turun dari pesawat ringan itu dan membawa guni wang tunai untuk dibahagi-bahagiakan kepada penduduk.
10
12
0
12
0