Azarol Faizi Ansari dan Mike Faizi (kanan) pada majlis sidang media "Motor Maniac Encore Edition' di Bukit Jelutung, Shah Alam baru-baru ini.


Adakah anda tergolong dalam  kaki ‘gila stereng’ kata orang? 

Maksudnya meminati kereta sama ada memilikinya atau pun sekadar suka melihat pelbagai jenis kereta yang wujud baik antik mahu pun terbaharu dan unik apabila diubah suai? 

Jika minat itu yang sentiasa terpendam dalam sanubaru barangkali anda perlu hadir ke acara tahunan petrolhead ‘Motormaniac Encore Edition’ yang akan berlangsung selama dua hari bermula 7 Oktober hingga 8 Oktober 2023 depan, bertempat di Tingkat 7, Rooftop, MyTown, Cheras, Kuala Lumpur.



Disasarkan seramai 40,000 pengunjung akan memeriahkan ‘Motormaniac Encore Edition 2023’ anjuran Motormaniac, jabatan media di bawah Bateriku.com dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pelancongan Malaysia. 

“Terdapat lebih kurang 500 kereta daripada JDM (Jepun), MDM (Malaysia), Continental, 'concept cars' (kereta konsep) sehinggalah 'supercars' (kereta berkuasa tinggi) yang bakal dipamerkan buat tatapan pengunjung malah mereka juga berpeluang menyaksikan pelancaran khas kereta projek pertama MotorManiac iaitu Nissan Cefiro A31,” ujar  Mike Faizi atau lebih dikenali sebagai ‘The Don’ daripada Motormaniac pada majlis sidang media 'MotorManiac Encore Edition' yang berlangsung di Bateriku Podium @Dvida, Bukit Jelutong pada 2 Oktober 2023.

Turut hadir Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com Azarol Faizi Ansari serta wakil-wakil dari penaja utama seperti Muhd Irfan (daripada ASDF), Fairul Irwan Md Jais (Pengasas UVR), Raffiq Azlan (Pengarah Kreatif Super Sunday) dan Ketua Pegawai Eksekutif Abstrax, Dr. Faiz Izwan Anuar selaku Perunding dan Penjenamaan kepada pihak penganjur.



Berkongsi lanjut, pemilik bernama penuh Wan Mikhail Faizi ini memberitahu, kemuncak acara adalah pelancaran khas kereta projek pertama Motormaniac iaitu Nissan Cefiro A31 di mana kereta berusia 35 tahun itu akan dipamerkan dengan modifikasi serta wajah baharu.

“Projek Motormaniac A31 telah dimulai sejak 2 tahun lalu di mana berpegang teguh pada moto kami iaitu ‘Made By Enthusiasts, For Enthusiats’, projek ini adalah simbol keazaman Motormaniac yang tidak pernah putus asa dalam apapun bagi melahirkan semula kenderaan tersebut di atas jalan raya,” ujar Mike sambil mengakui minatnya terhadap kereta bermula sejak dibangku sekolah lagi.

Menurutnya, diilhamkan oleh kata pepatah, "Bukan apa yang anda beli, tetapi apa yang anda bina yang benar-benar penting", alat ganti untuk projek Cefiro A31 telah diperoleh dari Thailand, Jepun dan Amerika Syarikat sementara pemasangan dan pembinaan semula dilakukan oleh pasukan muda Motormaniac yang dibimbing oleh pakar industri automotif seluruh negara. 


 

Dari kiri: Azarol, Muhd Irfan, Mike, Fairul Irwan dan Raffiq pada sidang media.


“Sebagai peminat kereta, kami komited untuk mengeluarkan barisan kereta, pertandingan dan aktiviti terbaik khas bagi budaya 'petrolhead' yang semakin meningkat di Malaysia. 

"Kami telah menyertakan elemen penghargaan kepada pempamer kereta melalui beberapa anugerah antaranya seperti 'Best Fitment', 'Best Engine Bay', 'Best Classic Car', dan 'Best Concept Car,” tambah Mike.

Selain barisan kereta yang dipamerkan, turut dibuka ruang kawasan Kereta Untuk Dijual dengan sejumlah 16 kereta terpilih boleh dibeli semasa acara berlangsung.

“Kami juga teruja untuk mengumumkan kembalinya Pertandingan Car Limbo & 2-Step yang juga merupakan kegemaran orang ramai ketika acara itu diperkenal buat pertama kalinya tahun lepas (2022) bahkan beberapa aktiviti lain diselitkan seperti program gaya hidup daripada BBoy (breakdance), BMX (basikal) dan Hotwheels (miniatures) juga,” ujar Mike.

Tambahnya, dalam memahami keadaan ekonomi semasa terkini pihaknya hanya  mengenakan tiket ‘rahmah’ berharga RM10 sehari sebagai pembayaran entri masuk bagi memberi peluang kepada peminat kereta bersama meraikannya. Kanak-kanak di bawah 12 tahun masuk percuma.



“Harapan saya bukan kepada keuntungan tetapi rasa puas apabila dapat mengumpul komuniti autombil bersama berkongsi arena pemotoran sesama mereka malah impian saya kelak mahu menjadi printis kepada mengumpulkan pelbagai jenis kereta dan pemiliknya dari luar negara ke Malaysia, “ tambah Mike yang membelanjakan lebih kurang  RM200,000 untuk penganjuran ‘’Motormaniac Encore Edition’ seperti ini yang memasuki musim ke-3 pengajurannya secara rasmi selepas berlangsung di Pulau Pinang pada tahun lalu (2022).


Acara selama 2 hari yang bakal mengisi aktiviti hujung minggu anda pada 7 dan 8 Oktober ini mengalu-alukan pengunjung dari semua lapisan masyarakat bukan sahaja berhibur dengan aktivitinya tetapi juga menikmati pelbagai makanan dan minuman yang turut disediakan oleh usahawan-usahawan tempatan.

Khabarnya tiket sedang laris dijual bagaikan goreng pisang panas, jadi untuk tidak berputih mata sebaiknya menempah tiket anda sebelum kehabisan di laman sesawang https://bateriku.com/ticketing/events.

Sementara itu, sebagai rakan penganjur Azarol Faizi berharap melalui acara tersebut pihaknya dapat terus mempromosikan sekali gus khidmat Bateriku.com kepada khalayak yang mungkin belum sedar kewujudannya.

“Kami sentiasa ada di mana mana anda perlukan. Hasrat kami untuk menerajui dan mendigitalkan pasaran bateri, ‘breakdown’ dan ‘bengkel’ melalui teknologi dan perkongsian ekonomi dengan objektif untuk memberikan pengalaman yang berkualiti tinggi sebagai 'Connected Roadside Assistance Solution' (CRAS) nombor 1 di Malaysia,” ujar Azarol.



Untuk rekod, sejak ditubuhkan pada Mac 2014, Bateriku.com kini beroperasi di semua wilayah ekonomi utama Malaysia, dikendalikan oleh 200 pekerja, hampir 1,000 juruteknik gig (BHero), juga hampir 100 pengedar (BPreneur) dan lebih daripada 150 outlet Pitstop serta lebih daripada 3,000 rakan kongsi alat ganti dan perkhidmatan automotif bengkel (BBuddy). 

“Bateriku.com telah memberikan perkhidmatan ‘on-demand’ kepada lebih 1 juta pelanggan dengan menawarkan perkhidmatan penggantian bateri dan pengendalian servis seperti towing dan jumpstart. serta menyediakan kaedah jualan yang paling komprehensif dan sokongan selepas pembelian, meliputi seluruh lokasi di Malaysia dan Singapura,” akhiri Azarol. - KitaReporters

11
6
0
13
0

Copy Link: