Video| Tabik spring kakak ni! Terjatuh masa buat catwalk! Tapi model tetap profesional di runway!
Published byBagi mereka yang memasuki bidang peragaan berjalan catwalk adalah salah satu cabaran andai terjadi sesuatu yang tidak diingini semasa meragakan baju yang dipakai.
Tetapi inilah cabaran yang perlu ditempuh oleh seorang model agar lebih berhati-hati.
Tular sebuah video seorang model atau peragawati yang terjatuh ketika memperaga baju sehingga menjadi tarikan ramai.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan peragaan atau modelling
Kelihatan model ini memperagakan berbaju berwarna hijau dan tiba-tiba tersadung di atas runway gara-gara kainnya yang terlalu labuh.
Namun, Itu tidak mematahkan semangat buat dirinya apabila beliau dilihat sangat profesional dan tetap meneruskan persembahan dengan membuat tarian semasa terjatuh terduduk seolah tiada apa yang berlaku.
Ramai warga maya yang terhibur melihat video ini dan tidak menyangka bahawa wanita ini mempunyai semangat yang kuat untuk meneruskan acara runway tersebut.
Ini kalau Min, mahu tak sambung berjalan dah, malu sangat-sangat! - KitaReporters