Cakap pandai! Tapi pandai bercakap tak bermakna mahir berkomunikasi! Bercakap ada seni dan ilmunya!
Published bySetiap
hari kita bercakap sama ada dengan seorang individu lain atau dalam kumpulan. Bagaimanapun ada antara kita setiap kali
berhadapan dengan situasi tersebut, patah perkataan yang digunakan tidak
tersusun malah perasaan kita resah dan cemas malah paling teruk kita gagal
untuk memberitahu apa yang sepatutnya
disampaikan.
Kenapakah
wujud rasa tidak yakin untuk bercakap meskipun ada antara mereka memiliki
pekerjaan yang baik, berjawatan tinggi malah mempunyai taraf pendidikan
cemerlang.
Benarkah kemahiran bercakap atau berkomunikasi dengan yakin mempunyai kaitan bagaimana kita dibesarkan atau mungkin tergolong sebagai introvert iaitu cenderung menyukai kondisi yang tenang dan gemar menyendiri.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penganjuran seminar-seminar
“Succes
is led by the power of communications,” tegas Pengarah Urusan Neuronworks
International Sdn Bhd (NISB) Rizal Rashid. Beliau percaya komunikasi yang
sebenarnya membantu untuk individu berjaya dalam apa juga karier yang diceburi.
Bagaimanapun beliau menafikan latar belakang dan tahap pendidikan individu sebagai penentu menguasai teknik dan kemahiran bercakap atau berkomunikasi dengan baik.
“Tidak
yakin berkomunikasi dan tidak mahir bercakap secara berstruktur bukan kena mengena dengan latar belakang seseorang
dibesarkan atau dikaitkan dengan pendidikan. Meskipun mereka introvert atau sebaliknya tergolong
sebagai extrovert yang menyukai
lingkungan yang interaktif ia tidak ada kaitan. Jika ada yang mendakwa hubungan
antaranya ia adalah mitos,” katanya.
Rizal berkata demikian selepas tampil dalam Seminar Speak With Confidence yang diadakan selama dua hari iaitu 11 dan 12 Mac lepas di Cyberjaya dan dihadiri seramai 614 peserta dari seluruh negara.
Mereka terdiri dalam kalangan profesional, usahawan, pemilik perniagaan , penjawat awam, pesara, pelajar dan individu yang berhasrat untuk menguasai ilmu komunikasi yang berkesan.
Rizal Rashid ketika mengadakan seminar Speak With Confidence di Cyberjaya.
Berpengalaman selama 15 tahun sebagai jurulatih komunikasi berpengaruh, katanya berdasarkan pengalaman mendampingi peserta meskipun individu memiliki PhD, berjawatan tinggi dan terkenal masih ada kelompangan dalam teknik komunikasi mereka.
“Hakikatnya
semua orang boleh bercakap tetapi melatih diri berkomunikasi dengan yakin dan
mempunyai kualiti harus disertai dengan seninya dan dikaitkan dengan ilmu,
pengalaman dan kaedah bagaimana kita mengawal otak untuk mengeluarkan kata-kata
yang elok tersusun dan berstruktur.
“Menguasai
kemahiran berkomunkasi sangat penting terutama kepada golongan yang mahu setiap
kata-kata dan ucapannya berupaya mempengaruhi orang yang mendengar.
“Misalnya dalam kalangan keluarga, ibu bapa mahu anak-anak mendengar kata, ketua atau yang berpangkat mahu kakitangan teruja dengan apa yang disampaikan, para usahawan mahu kata-kata yang manis didengar oleh para pelanggan begitu juga kumpulan artis berusaha setiap butir kata-kata mempesonakan,” ujarnya.
Rizal Rashid (hadapan) bersama para peserta seminar Speak With Confidence di Cyberjaya
Rizal menambah, mereka yang mempunyai kemahiran komunikasi yang bagus akan beroleh lebih banyak peluang, berkesan dan berpengaruh.
Justeru beliau yang mempunyai kepakaran
dalam komunikasi berpengaruh dan yang telah mengendalikan banyak bengkel dan seminar
serta melatih hampir 50,000 peserta dalam dan luar negara akan meneruskan
aktiviti tersebut secara bersemuka seperti tahun-tahun sebelumnya. Semasa Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) pihaknya mengadakan kelas dalam talian.
Katanya, seminar selama dua hari itu selain membukanya kepada umum turut mengiktiraf 45 peserta bertaraf graduan yang telah mengikuti Program The Influential Club (TIC) dan menerima sijil Profesional Interpersonal Communication Skilss yang diktiraf oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTMSPACE).
“Program yang diasaskan sejak 2021 ini akan memastikan setiap ahli TIC memperoleh ilmu dan pengalaman berimpak tinggi malah pelaksanaan dibantu oleh jurulatih dan Persona Expert dari NISB, Dr. Farah Shafeera @ Ann Ibrahim yang juga merupakan pensyarah kanan dari Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor.
“Objektif program ialah menyediakan platform
untuk ahli belajar dan mempraktikkan modul-modul khas komunikasi tanpa mengira
profesion dan latar belakang untuk meningkatkan dan mengasah kemahiran bercakap
dan berkesan,” katanya.
Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pengarah Sepanjang Hayat UTMSPACE, Ts Sr Dr. Zakaria Mohd Yusof. Empat ahli juga menerima anugerah khas sepanjang enam bulan mengikuti program.
Norlin Alwai dan Zulkarnain Hashim diberikan The Influential Awards, Anizah Ishak menerima Transformations Awards dan Ghuzailaila Abd Rahim menerima anugerah The Outstanding Imrovement Awards. - KitaReporters
Rizal Rashid (barisan belakang. lima dari kiri); Ts Sr Dr. Zakaria Mohd Yusof (barisan belakang, enam dari kiri); jurulatih dari NISB , Dr. Farah Shafeera @ Ann Ibrahim (barisan belakan, enam dari kanan); dan ahli Program The Influential Club (TIC) bersama sijil Profesional Interpersonal Communication Skills yang dikitiraf oleh UTMSPACE pada seminar Speak With Confidence di Cyberjaya.