Dalam sesebuah majlis perkahwinan sudah menjadi kelaziman anggota keluarga dan para tetamu memberi sumbangan kepada pengantin sama ada berbentuk wang atau barangan hadiah untuk kegunaan rumahtangga.

Namun bagi satu pasangan pengantin di Cilegon,  Banten, Jawa Barat, Indonesia mendapat kenangan abadi. Tanpa disangka pasangan ini menerima hadiah yang menjadi kenangan abadi.



Pasangan pengantin Kemas Andika (Dika), 24, dan Angesty Prawidyasari menerima sehektar kebun sawit dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Mitsubishi Pajero Sport.

Pasangan pengantin ini dikatakan tidak tahu-menahu tentang pemberian hadiah tersebut sehinggalah ia diserahkan pada hari perkahwinan mereka di The Royale Krakatau Cilegon, Banten pada 13 Januari 2024.

Ketika akad nikah mengguna adat Sunda dan untuk resepsi menggunakan adat Palembang.


Hadiah kereta Mitsubishi Pajero Sport itu merupakan pemberian nenek pengantin perempuan sebagai tradisi apabila cucunya berkahwin.

Si nenek, Iyoh Murtasiati merupakan pemilik PT Tali Jaya Cilegon.


Sementara hadiah berupa geran tanah ladang kelapa sawit pula merupakan pemberian bapa saudara pengantin lelaki.

Sementara bagi hantaran mas kahwin, Dika turut memberi ladang kelapa sawit seluas 2 hektar dan 13.124 gram emas sempena tarikh perkahwinan. 


Andika dan isterinya berasa amat terkejut serta terharu dengan pemberian itu. Dika menggangap hadiah yang diberikan sebagai tanda kasih sayang keluarga kepada mereka.

Menerusi video dimuat naik oleh @nyimaslisaoktariani dalam TikTok, pasangan pengantin berbusana putih ini memegang geran tanah berbingkai emas di hadapan pintu masuk dewan perkahwinan. - KitaReporters

12
13
0
8
0

Copy Link: