SURAH Al-'Alaq (سورة العلق) adalah surah ke-96 dalam al-Quran. Surah Al-'Alaq terdiri atas 19 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyah. Ayat 1 sampai dengan 5 dari surah ini adalah ayat-ayat al-Quran yang pertama sekali diturunkan, iaitu pada waktu Nabi Muhammad SAW di Gua Hira'. 

Surat ini dinamai Al 'Alaq (segumpal darah), diambil dari perkataan Alaq yang terdapat pada ayat 2 surat ini. Surat ini dinamai juga dengan Iqra atau Al Qalam.

Kenapa Allah turunkan ayat Iqra (Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan) dalam wahyu pertama melalui Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW ? Dan kalaulah anda tahu betapa nikmatnya membaca, sudah tentu kita tidak akan biar masa begitu saja.

Demi masa... Ibrah dari Surah Al-Asr mengajar kita akan peri pentingnya pengurusan masa dalam kehidupan seharian. Masa yang dikurniakan oleh Allah S.W.T ) 

Bacalah buku apa saja terutama sehelai muka surat al-Quran pun dah dapat pahala. Itulah nikmat 'pertama' al-Quran diturunkan kepada umat manusia kerana Allah SWT membekalkan umat-Nya dengan ilmu dunia dan akhir.



Inilah yang Opah Ngomel nak kongsi rasa teruja bila duduk dengar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) atau PMX berucap. Setiap kali ucapannya penuh dengan penghayatan ilmu yang dimudah terjemah. Mungkin ada yang cakap, 30 minit ucapan macam berpidato. Tapi cuba duduk diam-diam, dengar setiap patah kata-katanya.

Itulah yang PM nak sampaikan. Alangkah nikmatnya bila kita membaca. Tahu serba serbi yang berlaku di dunia. Baca buah fikiran pengarang tersohor dunia yang membicarakan ekonomi, sosial malah isu-isu kemanusiaan. 

Itulah yang dibuat oleh PMX setiap kali naik pentas. Dia memetik ilmu daripada nama-nama pengarang terhebat di dunia untuk dikongsi bagi menggalakkan kita cari buku tu dan baca.

Itulah juga yang hendak dimanfaatkannya dalam Malaysia Madani. Satu wadah yang tidak mungkin dapat diangkat tanpa akhlak, nilai dan kesediaan anak-anak muda untuk membudayakan ilmu melalui pembacaan. 

Bagi PM, usaha membudayakan membaca, satu lagi cabaran besar. Sebab asas utama untuk melengkapkan negara dengan warga pelapis itu perlu bermula dengan kekuatan ilmu.



"Sementara ada media sosial, saya tidak boleh pertikai kepentingannya, percayalah kalau mahu menjadi manusia dan insan yang menyebut karamah insaniah, manusia yang ada nilai, akhlak dan ilmu, mesti mulakan tradisi membaca dengan serius.

"Saya hendak gesa secara serius, negara ini harus diangkat menjadi negara Madani yang ada ilmu, yang ada nilai, yang ada ihsan, ada rahmah. Semua itu boleh dipupuk melalui semangat membaca dan menimba ilmu,”

Opah tahu betapa nikmatnya bila membaca, adakalanya kita boleh "hilang" dan "berada" dalam dunia tersendiri. 

Contohnya bila Opah baca buku-buku kisah Lady Diana, keluarga Kennedy, Oprah Winfrey malah The Road Ahead, buku oleh Bill Gates, Nathan Myhrvold dan Peter Rinearson, imagin dia sedang berdepan dengan kita, bercerita kisah hidupnya.

Ada sekali tu Opah lihat orang 'angkat bahu' bila PM berucap sambil katanya, haaa dah 20 minit berucap mesti highlight teks buku orang tu orang ni. Opah pun celahlah, itulah kelebihan Allah bagi dia selama 20 tahun keluar masuk penjara, dapat mengakses semua buku dari pelosok dunia dan sekarang dia mahu kongsi apa yang dibaca kepada anak-anak muda. 

Ada orang beritahu Opah dia kagum satu saja dengan PMX ni, pemikirannya sangat hebat boleh ingat semua dia baca dan mampu ingat apa yang dia tulis dalam teks ucapannya. Keupayaannya berfikir melebihi Tun Mahathir.

Opah pula fikir memang dah tu dengan masa dia  jadi PM sebab  anak-anak muda kita dah jadi macam "mi segera".



Kita tak salahkan media sosial macam Twitter, TikTok, Telegram, Whatsapp dan Facebook serta Instagram. 

Orang dah tidak ada masa kononnya nak membaca, padahal masih 24 jam. Semua maklumat mereka akses di hujung hari termasuk maklumat tidak benar yang kini menjadi viral sangat luar biasa.

Opah terbuka dengan media sosial ni kerana ia aplikasi serba ringkas macam zaman Opah muda dulu hantar berita pendek menerusi telex, telegraf dan teruk sangat melalui telefon awan.

Mungkin budaya membaca bagi Opahlah, boleh diadjust (disesuaikan) dengan menggunakan konsep 'bercerita'  sambil melihat gambar ada yang bercerita. Bukan lagi dalam bentuk tulisan rencana. 

Contohnya kita tengok rancangan Discovery Channel, ada yang bercerita sambil mata kita melayari gambar-gambarnya. 

Satu lagi dengan adanya teknologi kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai artificial intelligence (AI) yang kian popular dan bakal mengambil tempat dalam mengautomasikan operasi dan kerja yang sifatnya berulang-ulang. Maka konsep budaya membaca boleh menggunakan aplikasi ini. 

Sekarang pun budaya membaca sudah bertapak menggunakan telefon bimbit termasuk daripada simpanan data maklumat diri, cashless money, mesyuarat dalam talian malah pembelian dalam talian dijangka ambil alih pusat beli-belah terkenal. Daripada melalui kos tinggi untuk parking, kesesakan dan beratur panjang, kita tempah saja dalam talian! - KitaReporters


Teknologi AI seharusnya melengkapkan kehidupan manusia bukan mengawal kehidupan manusia. - Foto Agensi 

9
11
0
14
0

Copy Link: