TQ UNCLE KENTANG!! SEWA BAS RM70 SAHAJA
Published byMasihkah anda mengingati aktivitis masyarakat, saudara Kuan Chee Heng atau dikenali sebagai Uncle Kentang? Bermacam-macam usaha dibuatnya bagi membantu penduduk setempat yang berkeperluan dan tidak berkemampuan. Terima kasih banyak-banyak Uncle Kentang!! : KitaReporters
Kredit foto: FB Kuan Chee Heng (https://www.facebook.com/unclekentang/)
Kali ini, dia tampil dengan membuat tawaran bantuan dengan menyediakan bas pengangkutan untuk majlis perkahwinan dan persandingan serta konvoi pengangkutan untuk anak-anak di sekitar kawasan Puchong.
Tawaran yang dibuat itu termasuk untuk duda atau ibu tunggal yang berkehendakan untuk berkahwin tetapi mempunyai bajet ekonomi yang tidak mengizinkan, tetapi dengan dikenakan beberapa syarat.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik dari akaun Facebooknya (https://www.facebook.com/unclekentang/), Kuan hanya mengenakan bayaran sebanyak RM70 bagi jarak perjalanan yang tidak melebihi 50 kilometer kepada sesiapa sahaja yang berhajat tanpa mengira jurang bangsa, agama dan warna kulit.
"Saya offer bas RM70 sekali sewa kerana bayar bas driver dan belanjalah bas driver hanya nasi minyak.
"Hanya terbuka kepada anak-anak Puchong, janda Puchong, bapa tunggal Puchong yang akan berkahwin tetapi tidak cukup modal nak sewa bas untuk sewa bas.
"Bas ini hanya boleh digunakan hanya dalam kawasan 50 kilometer dari Puchong," tulisnya.
Sementara itu, dalam hantaran status akaun Facebooknya yang terbaru, Kuan turut mengingat kepada masyarakat untuk tidak sesekali meminta pertolongan berupa wang daripadanya.
Jelasnya, pertolongan yang disalurkan aktivis itu hanyalah tertakluk kepada bantuan seperti van jenazah, makanan dan ambulan.
Perbuatan sebegini baginya perlu dijadikan contoh dan ikhtibar serta diperluaskan lagi bagi memberi kesedaran dan rasa minat golongan berkemampuan tidak kira Melayu, Cina dan India untuk menghulurkan bantuan. - KitaReporters