Gambar hiasan


BIASANYA orang selalu berkata anak-anak tempat bergantung bagi menjaga dan menguruskan ibu bapa apabila sudah tua. Beruntunglah ibu bapa yang dikurniakan anak-anak yang membalas jasa dengan melayani karenah mereka dengan sabar.

Akan tetapi ada juga ujian yang akan menduga kehidupan berkeluarga, bukan lagi mengenai perangai anak-anak tetapi membabitkan kalangan adik beradik dan menantu serta ipar duai.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan orang-orang tua

Dari muda sehingga ke tua, Che Yah berdepan dengan ujian yang berat.


Demikian kisah pilu dan derita yang ditanggung oleh seorang ibu tunggal yang sudah tua ini yang hanya mahu dikenali sebagai Che Yah

Sesudah habis berkhidmat membantu membiayai pengajian adik beradik dan membesarkan dua anak tanpa suami, dia kini meniti usia tuanya bersendirian dan akhirnya 'dibuang' oleh anak-anak dan adik beradiknya yang tidak mahu menjaga kerana separa lumpuh.

Che Yah berkata sebelum ini dia ditempatkan oleh anak sulungnya di sebuah rumah kebajikan dengan bayaran RM450 sebulan selama lebih setahun pada 2021 dan selepas anaknya menghidap barah prostat, akhirnya dia dikeluarkan dari pusat jagaan itu kerana tiada siapa yang mampu membayar caj perkhidmatan  berkenaan.


Ketika muda, Che Yah sangat lawa orangnya.


Dia yang berkahwin dengan seorang pemandu lori mendapat sepasang anak. Dengan hidup bermadu ketika itu, Che Yah bekerja di kilang berhampiran rumahnya, menanggung adik-adik bersekolah dan kedua-dua ibu bapanya.

Malangnya ketika hamil anak kedua, dia ditinggalkan suaminya selepas isteri pertama mendapat tahu mengenai perkahwinan mereka. 

Dia mendapat tahu suaminya meninggal dunia selepas anak lelakinya mahu membuat kad pengenalan dan dari situ, dia mengesan alamat dan dibawa menziarahi kubur suaminya.

Sejak itu dia gigih bekerja membesarkan anak-anaknya sehinggalah dijodohkan dengan seorang lelaki dari Negeri Sembilan dan dia kemudian dipelawa tinggal bersama-sama anak tirinya sehinggalah kematian suami keduanya. 



Selepas pemergian suaminya, dia kemudian "diminta secara lembut'" supaya meninggalkan rumah mereka dengan alasan sudah sakit dan tiada siapa akan menjaganya. Kemudian anak lelakinya mengambilnya dan menempatkan di pusat jagaan orang-orang tua berbayar. 

"Selepas anak saya jatuh sakit. Saya dibawa pulang ke rumahnya. Menantu saya mungkin penat dan mengganggap saya sebagai beban. Selalulah kena sindir termasuk dengan nada keras meminta anak-anaknya cuci tandas selepas saya gunakan dengan alasan sangat busuk.

"Bila saya hendak dihantar ke rumah arwah ibu, adik-adik pula bagi macam-macam alasan yang menyakitkan telinga mendengarnya," katanya yang kemudiain menghubungi kawannya di sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk mencari tempat berteduh buat sementara waktu," katanya sambil mengesat air matanya. 

Kini selepas anak lelaki sakit, anak perempuannya pula bertemu jodoh dengan seorang lelaki kaya 'melarikan' diri dengan berpindah dari rumahnya tanpa memberi alamat dan telefon kerana bimbang ibunya akan menghubunginya untuk meminta bantuan.



Che Yah kini menumpang di asrama bersama anak-anak perempuan di Daurah Tahfiz Baitul Jannah dalam usia 63 tahun dan separa lumpuh, kesan dikatakan selepas mengambil suntikan vaksin yang ketiga Covid-19. 

Dia kini diuruskan oleh anak-anak remaja daurah berkenaan untuk ke bilik air, basuh dan lipat pakaian serta makan minumnya disediakan oleh ustazah daurah berkenaan.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ukhwah Fillah (Pkuf) Murniati Ati, berkata dia dihubungi oleh seorang wakil NGO di Rawang supaya segera mengambil Che Yah yang ditinggalkan di luar rumahnya kerana keluarganya enggan menerima dia.

"Saya sampai di rumah itu jam 10 malam dan dia kelihatan terketar-ketar sebab tidak makan seharian. Kami terus bawa dia ke asrama untuk ditempatkan sementara kerana pada masa ini rumah-rumah kebajikan sudah penuh.

"Malah ada masanya, Che Yah enggan pergi ke rumah kebajikan kerana selesa dilayan oleh anak-anak daurah termasuk dapat mengulangkaji al-Quran," katanya yang bersyukur dapat membantu.


Sebahagian pelajar remaja mendalami ilmu al-Quran di Daurah Tahfiz Baitul Jannah Rawang.


Murniati @ Umi Ati berharap orang ramai dapat membantu pertubuhan itu mencari dana bagi membeli ubat-ubatan dan rawatan ke klinik kerana Che Yah menghidap penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan jantung. Dia kini bergerak dengan bantuan kerusi tongkat.

Umi Ati berkata selepas Covid-19, selain Che Yah, perbelanjaan untuk membiayai kegiatan kebajikan Pkuf juga semakin meningkat kerana kanak-kanak itu perlukan makan minum, tambang bas, elaun ustazah dan bil air serta elektrik dan peralatan pembelajaran. 

"Maka kami kini membuka tawaran kepada semua pihak termasuk orang perseorangan yang ingin menaja dan mewakafkan kewangan setiap bulan kepada kepada 60 pelajar di  Daurah Tahfiz Baitul Jannah di Bandar Country Homes Rawang. Mereka mengikut pengajian akademik dan al-Quran secara percuma." katanya.

Mereka belajar di  Daurah Tahfiz  Baitul Jannah di No 14, Jalan Desa 4/3 Bandar Country Homes. - KitaReporters


Pada yang ingin membantu bersama kami boleh menghubungi nombor Pkuf menerusi talian +60166535632 atau boleh salurkan terus ke akaun PKUF: 

NAMA BANK : AMBANK ISLAMIC BERHAD 

NO.AKAUN : 8881018446376  PERTUBUHAN KEBAJIKAN UKHWAH FILLAH 

Ref. Dana dapur


Lawati FB Pertubuhan Kebajikan Ukhwah Fillah https://www.facebook.com/ukhwah.fillah.5492 atau 

FB Murniati Ati (Pengerusi PKUF)

https://www.facebook.com/murniati.ati.52 /

https://www.facebook.com/murniati.ati.5205


11
11
0
6
0

Copy Link: