Video| Isteri mengidam bau bekas kekasihnya! Suami sangka gurauan! Tapi rupanya memang betul-betul!

Published by
KitaReporters


RATA-RATA isteri yang sedang hamil pasti mempunyai alahan yang sangat teruk sehingga menyebabkan ada yang tidak boleh bekerja dan ada juga yang mengidam untuk makan atau melakukan sesuatu yang unik dan lain daripada lain.

Namun, sebuah posting di IIUM Confession (IIUMC) membuatkan seorang suami berasa sangat terkejut apabila isterinya meluahkan ingin bau minyak wangi bekas teman lelakinya yang tidak masuk akal.  

Perkongsian lelaki ini dalam Twitter juga telah tular apabila lelaki ini menyangka apa yang dimahukan oleh isterinya ini hanyalah sekadar bergurau sahaja

Namun lain jadinya apabila isterinya tetap nekad meminta wangian yang sering dipakai oleh bekas teman lelakinya itu. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan hubungan bekas kekasih


Pengorbanan seorang suami, beliau sanggup membeli pelbagai jenis minyak wangi untuk memenuhi kehendak isterinya ini namun si isteri tetap tidak berpuas hati dengan winyak wangi yang tidak sama baunya dengan bekas teman lelakinya itu.

Apa yang mengejutkan apabila si isteri meminta untuk menghubungi bekas kekasihnya dan meminta lelaki berkenaan untuk menghantar wangian yang dipakainya

Namun kerana sayangkan isteri, si suami benarkan dia berjumpa dengan bekas kekasihnya itu, tapi hatinya tetap berasa marah dan koyak.

"Kepada kaum Hawa, mengidam-mengidam jugak. Hati perasaan pasangan tu tolonglah jaga sekali," tegas sang suami.  - KitaReporters


14
13
0
14
0

Copy Link: