Video| Apa tunang-tunang? Nikah terus! Gempar bila majlis pertunangan jadi majlis pernikahan pula!

Published by
KitaReporters


Terdapat sejumlah orang menjadikan ikatan pertunangan sebagai lesen untuk melakukan perkara mungkar dengan hidup seperti suami isteri yang sah. 

Justeru ada ibu bapa yang tidak suka anak mereka ditunangkan, sebaliknya menyuruh mereka bernikah selepas berkenalan. 

Itulah yang berlaku di Mojokerto, Jawa Tengah pada 27 Mei 2024.



Ingin meneruskan percintaan dengan ikatan pertunangan menyebabkan Dimas Candra Adhitiya datang bersama keluarga untuk melamar kekasihnya, Khofifatul Azizah di rumahnya. 

Perbualan mesra berlangsung sesama anggota keluarga sebelum majlis bermula. Suasana mengejutkan terjadi sebaik ibu Dimas ingin menyarung cincin tunang ke jari Khofifatul.

Ayah Khofifatul tiba-tiba memanggil Dimas duduk di sampingnya lalu meluahkan kata-kata meminta terus mengahwini anaknya.

Dimas dan Khofifatul tidak menyangka majlis pertunangan menjadi majlis akad

Dimas terkedu mendengar permintaan itu, namun tidak membantah. Rupa-rupanya si ayah telah menjemput penghulu (kadi).

Lalu pernikahan dijalankan dengan mas kahwin yang minimum, dan barangan pertunangan dijadikan barangan kahwin.

Peristiwa itu tular setelah ia dimuat naik sejumlah media sosial bermula dari akaun TikTok @zamuer0, media cetak dan media elektronik.

Ia menarik perhatian netizen dengan lebih 3.5 juta tontonan. - KitaReporters

11
9
0
10
0

Copy Link: