Diari Mama Masscom| Kisah masyarakat jadi pengajaran dan pedoman hidup! Semoga beri keinsafan diri!

Published by
KitaReporters


Kisah masyarakat yang dipaparkan dalam media sosial, media elektronik dan melalui penceritaan adalah kisah-kisah pengajaran dan pedoman hidup buat kita muhasabah diri. 

Melalui isu-isu masyarakat  yang dipaparkan ia dapat memberi keinsafan diri sendiri dan keharmonian masyarakat sejagat. Kita belajar daripada semua yang berlaku dalam hidup ini. 

Sejak dulu kisah-kisah masyarakat seperti masalah dalam perkahwinan, kes " buang anak" penderaan, penganiayaan, kemiskinan, kemurungan dan banyak lagi kisah sedih dalam masyarakat adalah "berita hangat" yang sering dipaparkan dalam media tradisional seperti akhbar, majalah dan televisyen dan radio. 

Bila dunia semakin maju masyarakat beralih kepada media baharu iaitu media sosial, kisah-kisah begini semakin telus, terbuka dan mudah disebarkan melalui hujung jari saja dan pelbagai paparan kisah masyarakat yang dihidangkan pada kita melalui pelagai aplikasi media sosial.  

Kecanggihan teknologi bukan sahaja boleh menghantar kisah sedih masyarakat tetapi disertakan dengan video yang memberi kesan mendalam pada pembaca dan penerima mesej berkenaan.



Dalam ruangan Diari Mama Masscom ini saya akan menceritakan kisah-kisah benar yang terjadi dalam masyarakat yang diceritakan oleh mereka yang saya temu ramah dan kesan yang mereka lalui daripada pengalaman hidup dan bagaimana mereka berjuang untuk terus hidup dalam keadaan yang sangat sukar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. 

Penulis adalah Mantan Pensyarah dalam bidang komunikasi massa dan juga menjadi mentor mentee kepada pelajar-pelajar.

Melalui perhubungan yang baik dengan pelajar juga penulis dapat mengumpul kisah-kisah sedih mereka dan perjuangan mereka mendapat segenggam ijazah dalam suasana keluarga yang tidak kondusif dan kurang sokongan serta perjuangan hidup mereka. 

Ada bekas pelajar penulis yang mengalami kemurungan apabila mengetahui beliau adalah anak tak sah taraf dan apabila mengetahui siapa ibunya dia telah diberi amaran oleh ibunya supaya jangan hadir dalam hidupnya lagi kerana bagi ibunya dia adalah sejarah hitam ibunya dan ibunya kini telah bahagia dengan keluarga terkininya. 

Ada juga kes pelajar yang mempunyai ayah seorang penagih dadah yang memukulnya dan sentiasa menyuruhnya bekerja untuk mendapatkan duit bagi ayahnya membeli dadah. Ibunya pula dah larikan diri bersama kakaknya dan dia terpaksa  hidup dengan ayahnya yang sangat agresif dan zalim. 


Gambar hiasan


Banyak lagi kisah-kisah menarik yang akan penulis ceritakan dan diharap kisah-kisah berkenaan dapat memberikan kita sedikit keinsafan diri.  

Tidak ada manusia yang tidak berdosa. Adakalanya ada kisah positif melalui masa lampau mereka yang membuatkan mereka berubah menjadi orang yang lebih baik.  

Semoga ruangan Dairi Mama Masscom ini dapat menjadi pedoman dan pengajaran buat masyarakat agar lebih kuat menghadapi ujian Allah, Sesungguhnya setiap dugaan dan cabaran dalam hidup itu Allah beri pada kita dengan hikmah tertentu. 

Dunia tempat ujian dan Rasulullah pernah bersabda, "Barang siapa yang Allah kehendaki kebaikan untuknya, maka Allah akan beri dia dugaan dan ujian." - KitaReporters


 

16
11
0
20
0

Copy Link: