Video| Subhanallah! Ibu lahirkan bayi kembar lima! 4 perempuan, 1 lelaki! Selang seminit setiap satu!

Published by
KitaReporters


Setelah mempunyai anak yang kini berusia 6 tahun, Nuraeni, 32, dan suami bercadang untuk menambah zuriat.

Mulai akhir tahun 2023, Nuraeni, warga Desa Bodas, Kecamatan Tukdana, Kabupaten Indramayu di Jawa Barat ini mula mengandung kali kedua. Ketika itu Nuraeni dan suami, Warsilah, 39, tidak terbayang untuk mempunyai anak kembar. 

Namun ketika membuat pemeriksaan sewaktu usia kandungan memasuki 16 minggu atau 4 bulan, Nuraeni dan suami dikejut oleh pengakuan doktor bahawa janinnya kembar tiga.

Lalu pasangan suami isteri ini membuat persiapan untuk menyambut tiga bayi kembar.

Nuraeni gembira menerima anugerah Tuhan yang tidak ternilai

Ketika sudah memasuki minggu ke-38 atau 9 bulan setengah, Nuraeni sudah berasa sakit memulas dan terus dibawa ke sebuah klinik kesihatan kerajaan berhampiran.

Melihat keadaan Nuraeni sukar dikendali di klinik itu, lalu dia dicadang dibawa ke Hospital Umum Indramayu pada Ahad, 7 Julai 2024.

Nuraeni sampai ke hospital jam 3 petang (15.00 WIB) dan petugas hospital terus membuat imbasan ultra (USG) dan didapati janinnya bukan tiga, sebaliknya empat.


Bagi tujuan keselamatan, Nuraeni perlu segera menjalani pembedahan caesarean. Doktor berjaya mengeluarkan bayi pertama pada jam 19.34 waktu Indonesia Barat (WIB), kedua 19.35, ketiga 19.36 dan keempat 19.37 kesemuanya kelamin perempuan. Dan keluar satu lagi bayi pada jam 19.38 berkelamin lelaki.

Ertinya kelima-lima bayi itu dikeluar selang seminit setiap satu.


Tarikh lahir itu mudah diingati iaitu 7.7. 2024 atau hari Maal Hijrah 2024 . Ia juga adalah 1 Suro dalam kalendar Jawa.

Dan pasangan Nuraeni dan Warsilah percaya kelahiran 5 pasangan kembar itu akan memberi tuah kepada keluarga. Setakat ini nama kelima-lima bayi itu belum diberi nama.

Kelima-lima bayi mempunyai berat lebih ringan daripada ukuran kebiasaan iaitu 1.9 kg, 1.7 kg, 1.125 kg, 1.6 kg dan 1.9 kg. Kesemuanya terpaksa diletak dalam inkubator untuk tujuan pemerhatian.

Menurut Pengarah Hospital Indramayu, Deden Bonni Koswara, dua daripada bayi itu masih dirawat di inkubator, sementara yang lain sudah dibawa pulang bersama ibunya.

Kisah lahir tujuh bayi kembar di Indramayu ini tular dalam sejumlah laman sosial, media cetak dan media elektronik. - KitaReporters

6
11
0
14
0

Copy Link: